BUKTI UMNO JAGA NASIB KRONI SAHAJA.

Kenyataan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diperti Bernama  yang mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja khusunya bagi menghadapi PRU 13 ini jelas menunjukkan bahawa Umno selama ini hanya memperjuangkan nasib kroni sahaja berbanding rakyat awam.

Tambah beliau lagi perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.

"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.
— Bernama

Ulasan

Catatan Popular