6 Jun 2012

BRAHIM BAKAL BERTANDING ATAS PARTI KATAK PURU
abu nu'man6 Jun 2012 1 Komentar

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut pada  Pilihan Raya Umum ke-13, namun enggan mengulas tiket yang akan digunakan.

Beliau berkata, ia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu menerima tawaran daripada mana-mana parti.


Pada 2008, Ibrahim bertanding atas tiket Pas.


"Bertanding di PRU ini tidak kira parti ke tidak parti ke, kalau kita mahu bertanding kita boleh bertanding, jadi tiada masalah. Saya bertanding atas tiket apa itu soal lain.

 

"Ia terpulang kepada saya, ini strategi saya, bila sampai masa nanti baru saya beritahu. Cuma kalau panjang umur, tubuh badan sihat, atas kehendak rakyat Pasir Mas, saya akan pertahankan posisi saya sebagai Ahli Parlimen," kata beliau  yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau dalam sidang media sama turut menyatakan pendapat berhubung tarikh PRU13, yang mana katanya dijangka berlangsung bulan depan iaitu sebelum bulan Ramadan.


"Ia boleh berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari sekarang , ada yang kata September, November malah tahun hadapan, tetapi saya kata Julai, sebelum puasa.


"Saya tidak tolak kemungkinan kerana itu kerana saya punya kiraan biasanya selepas Dewan Rakyat dibubarkan, ia mengambil masa dua minggu untuk SPR membuat persediaan sebelum PRU, tidak semestinya dibuat pada musim cuti sekolah, Jadi, saya jangka ia boleh berlangsung pada tarikh 15 atau 16 Julai," katanya tidak menolak spekulasi yang dibuat antara lain sebagai motivasi kepada semua parti yang akan bertanding.SH


In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. Dengaq habaq,PAS nak calonkan mu semula,mau tak?

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.