20 ULAMA' MASA KINI : BERDOSA PILIHANRYA DI MUSIM HAJI

Posted by: "zaharuddin arahman"
Mon Jun 25, 2012 4:15 pm (PDT)


Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan

Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)


Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu
mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku
pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh
mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.  Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu
merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :
وأشهدوا
ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”(
At-Talaq: 2)
 

Juga Firman Allah :

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi
itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
 

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita
berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka
adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan
keterangan dan kesaksian. 

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI
sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru,
SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji,

ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan
tanggungjawab mengundi.
Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi
kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan

kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu

pilihanraya, tidak dibolehkan untuk
sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :  

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ
قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka

janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara
yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)
 

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh
menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang
dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan
keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,

1.     Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)

2.     Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3.     Dr. Zahazan Mohamed

4.     Dr. Maszlee Malek

5.     Dr. Abd Basit Abd Rahman

6.     Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar

7.     Dr. Khairuddin Aman Razali

8.     Dr. Sukki Othman

9.     Ustaz Roslan Mohammad

10.  Ustaz
Zamri Zainuldin
11.  Ustaz
Mohd Nidzam Abd Kadir
12.  Ustaz
Imam Muda Asyraf Ridzuan
13.  Ustaz
Izhar Ariff Mohd Kashim
14.  Ustaz
Aizam Mas’ud
15.  Ustaz
Ahmad Husni Abd Rahman
16.  Ustaz
Ahmad Fauwaz Fadzil
17.  Ustaz
Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18.  Ustaz
Ramadan Fitri Elias
19.  Ustaaz
Abdullah Bukhari Abd Rahim
20.  Xifu
Naseer Abd Rahman

Ulasan

Catatan Popular