BAGAIMANA NAJIB BEGITULAH BAKAL MENANTUNYA ..TIPU RM62 JUTA



 
Dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevMenurut The New York Post hari ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.

Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.

The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya.

Ulasan

  1. Apa tidaknya pak mentua pun sama , itulah sebabnya rakyat suruh mengaku betul atau tidaknya , ha ! sekarang Allah sendiri telah tunjukkan jalan kebenaranNya , ini baru awal permulaan , jadi eloklah menteri agama yang dok bercakap yang bukan- bukan tu bagi nasihat supaya bertaubat dan bercakap benarlah jangan berdolak dengan berbagai alasan .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular