USTAZ BELAAN UMNO, RIDHUAN TEE PERLU LEBIH DALAMI AGAMA
(Sinar
Harian 14 Mei 2012)
Saya amat teruja dengan dolak dalih Pas
mengenai hukum hudud. Jika dahulu, mewujudkan sebuah negara Islam dan
melaksanakan hukum hudud adalah matlamat Pas. Hari ini, Presiden PAS berkata
hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan
sekiranya Pakatan Pakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, “hudud akan dilaksanakan
terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk
menerimanya atau tidak). Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses
demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi
kemiskinan dahulu. Hukum hudud
tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji
minimum tidak dilaksanakan.
Sebagai
contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia
(hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini,
itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan”.
Sebelum ini, Presiden Pas juga berkata
pakatan pembangkang akan meminda perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan
Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi
seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum
akan datang.
Persoalan saya, apakah Pas begitu yakin
akan menerajui kerajaan jika Pakatan Rakyat memerintah? Apakah parti ultra
kiasu Melayu dan Cina akan bersetuju dengan rancangan Pas yang murni itu? Bolehkah
pindaan perlembagaan dilakukan sedangkan kedua-dua parti ultra kiasu awal-awal
lagi sudah mengatakan tidak, terhadap konsep negara Islam dan hudud? Mereka hanya mahukan negara sekular kerana
boleh melakukan LGBT? Bacalah kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini.
Baiklah, lupakan sementara waktu
perkara ini. Ingin saya bertanya, jika Pakatan Rakyat memerintah, di manakah
kedudukan Pas dan Islam? Di negeri yang diperintah oleh mereka seperti Selangor
dan Pulau Pinang, Pas telah disisihkan. Inilah pulak apabila berjaya membentuk
kerajaan pusat? Jika Pas masih tidak percaya akan kata-kata saya, cuba sekali
lagi bertanya kepada kepimpinan ultra kiasu, setuju atau tidak dengan idea
negara Islam dan hudud?
Saya
amat yakin, jawapannya TIDAK. Jika
begitulah keadaannya, apa guna lagi bersama-sama dengan orang yang
menentang
Islam. Tidak kiralah ultra kiasu Melayu atau Cina. Cabut dan angkat
kaki. Cubalah
beralih angin terhadap Umno. Saya amat yakin, membincangkan soal Islam
dengan
Umno lebih terbuka daripada ultra kiasu. Umno kini sudah mula berlapang
dada. Umno sudah merasai pahitnya apabila kehilangan beberapa negeri dan
tidak mendapat dua pertiga kerusi parlimen.
Saya bukanlah orang Umno, tetapi saya
yakin dalam Umno, ramai yang mahukan Islam. Inilah yang menjadi ketakutan
kepada ultra kiasu, jika Umno dan Pas bersatu. Ketika itu, kita lihat siapa
yang kuat dan siapa yang berani mengangkat muka! Hari ini ternyata, Pas
dipermainkan oleh parti ultra kiasu Melayu yang merasakan dirinya kuat, wal hal
sebenarnya tidak. Mereka hanya menumpang kekuatan Pas. Itupun begitu
mengada-ngada.
PKR mahukan kerusi Pas yang sememangnya
sudah kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sedangkan pada saya, PKR tidak
layakpun untuk bertanding di kawasan kubu kuat Pas. Sebab itu, Pas sepatutnya
berkeras dan bertegas berhadapan dengan tuntutan ultra kiasu ini. PKR tidak ada
apa-apa tanpa Pas? Dengan adanya Pas, barulah PKR ada sedikit kekuatan. Itupun
mereka masih berlagak kuat.
Maaf cakap, sehingga kini saya masih
sukar untuk mempercayai ultra kiasu Melayu ini, apatah lagi ultra kiasu Cina.
Mereka ini dahulunya adalah orang Umno. Jika selama ini mereka menuduh Umno
macam-macam, seolah-olah Umno sangat jahat, apakah perangai-perangai Umno sudah
lekang daripada diri mereka? Saya tidaklah menuduh Umno sebegitu. Tetapi jika
mereka yang sering menuduh Umno sedemikian, dari lubuk manakah mereka berasal?
Sebab itulah saya tidak hairan jika berlaku banyak penyelewengan yang sama
berlaku di negeri pimpinan mereka. Mereka juga membawa perangai Umno?
Saya mohon maaf kepada Umno kerana
terpaksa mengeluarkan kenyataan ini. Saya lihat hari ini semenjak mereka keluar
dari Umno, mereka memandang Umno lebih hina daripada ultra kiasu yang
jelas-jelas menentang Islam. Adakah orang ini boleh dipercayai? Hanya kerana
dendam yang tidak berkesudahan, mereka sanggup menggadaikan maruah agama,
bangsa dan negara.
Justeru, saya mengingatkan Pas, supaya
lupakanlah hasrat untuk wujudkan negara Islam dan laksanakan hudud jika masih lagi bersama bekas-bekas orang Umno dan
ultra kiasu ini. Mereka tidak pernah ikhlas, mereka hanya mahukan kuasa.
Apabila mendapat kuasa nanti, Pas akan ditendangnya. Hudud Pas hanya akan
tinggal angan-angan.
Justeru, saya amat sedih apabila Pas
turut terpengaruh dan terheret bersama mereka yang menentang Islam. Bolehkah
kita mempercayai mereka? Berpolitik biarlah berpijak kepada realiti atau bumi
nyata. Itu lebih membawa manfaat daripada beretorik.
Sebab itu, dari dahulu saya katakan,
berbincanglah dengan Umno, lebih banyak faedah daripada ultra kiasu. Umno
begitu terbuka hari ini selepas PRU 12 2008. Umno sudah banyak berubah
berbanding dahulu. Jika dahulu, kritik sahaja Umno, semua orang ‘digamnya’.
Hari ini orang Umno sendiri mengkritik Umno. Mereka masih diberi peluang.
Pada saya, Umno sudah jauh berubah
berbanding dahulu. Umno mula bercakap soal integriti, transformasi dan
sebagainya. Benar, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun, usaha-usaha
ke arah yang lebih baik sedangkan berjalan. Saya yakin, jika Pas ikhlas, Umno
akan berubah lagi. Pokoknya, mulakan langkah pertama dengan Umno. Seingat saya,
hari ini Umno masih berlapik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Islam,
berbanding dengan ultra kiasu itu. Mereka bukan sahaja tidak mahu kepada Islam,
malah bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika yang mahukan demokrasi yang
berteraskan kepada kebebasan dan hak asasi manusia diamalkan.
Maka tidak hairanlah LGBT begitu
dipropagandakan. Saya tidak pasti ada kalangan mereka yang berminat ke arah
itu. Apa yang jelas mereka ini tidak layak dijadikan kawan. Bimbang-bimbang
kita disondolnya nanti. Kenalilah antara kawan dan musuh sebenar.
.... Ustaz BELAAN Umno...
Ulasan
Catat Ulasan