9 Mei 2012

SURAT TERBUKA POLIS 'BAIK' BUAT DR. MAZA
abu nu'man9 Mei 2012 11 Komentar

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh,

Yang Berbahagia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada Dr atas kiriman warkah ini. Saya tidak mengharap pun Dr. membacanya apatah lagi membalasnya. Sesungguhnya saya tidak layak berbicara dengan Dr apatah lagi mahu berhujah. Seikhasnya, surat ini hanya luahan hati seorang anggota polis yang juga rakyat negara tercinta ini.

Membaca tulisan Dr. Saya merasa terpanggil untuk membalas juga menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Dr dari kaca mata saya seorang anggota polis. Oleh kerana warkah ini dimuatkan dalam facebook fanpage Dr pada 3 MEI 2012, saya yakin apa yang Dr katakan dalam warkah tersebut berkait dengan Perhimpunan BERSIH pada 28 APR lalu. Sekiranya bukan, saya tetap merasakan ianya releven dengan perhimpunan tersebut. Saya juga akan menjawab dari konteks yang sama kerana saya berada di sana pada hari tersebut.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Dr atas keperihatinan Dr terhadap kami anggota polis ini, terasa sangat berbangga juga terharu apabila seorang yang tersohor, idola dan contoh kepada jutaan umat manusia di negara ini sanggup meluangkan masa sibuknya untuk menulis kepada kami. Saya pasti, saya amat pasti tiada kerjaya lain yang mendapat perhatian Dr sepertimana Dr memberi perhatian kepada kerjaya polis ini. Terima kasih Dr!

Yang Berbahagia Dr,

Saya bukanlah seorang yang terpelajar seperti Dr, mempunyai gelaran Prof atau Datuk jauh sekali..cuma sesekali orang memanggil saya dengan gelaran Tuan, kadangkala Encik..ada juga yang suka memanggil kami ANJING. Apa pun panggilan kepada saya dan kami anggota polis, komitmen dan seluruh jiwa raga kami adalah untuk melihat ketenteraman dan keselamatan negara ini sentiasa terpelihara.
Yang Berbahagia Dr,

Saya akur dengan penjelasan Dr tentang bahaya kuasa ini. Kuasa boleh disalahgunakan, menindas orang yang lemah serta menzalimi orang yang tidak bersalah. Mungkin kerana itulah, pihak polis yang diberi kuasa ini sering dipersalahkan, dituduh juga dicerca denga tuduhan yang berbagai. Walaupun Dr tidak menyatakan dengan jelas namun saya dapat membaca apa yang Dr maksudkan. Apa pun, saya menghormati pendirian dan pandangan Dr.

Cuma saya agak terkilan kerana Dr hanya melihat bahaya kuasa ini dari kaca mata seorang peserta perhimpunan, bukan dari kaca mata rakyat secara keseluruhannya. Mahupun dari kacamata pihak polis yang sedaya upaya mengawal perhimpunan itu. Saya juga sangsi adakah Dr diberi peluang untuk melihat gambaran sebenar apa yang berlaku dalam perhimpunan tersebut. Saya juga agak terkilan kerana tiada satu pun kata-kata Dr yang menyanggah tindakan peserta perhimpuan tersebut sehingga memaksa polis bertindak sebegitu rupa.

Yang Berbahagia Dr.

Ingin saya memetik kata-kata Dr yang Dr tujukan kepada kami anggota polis:
“Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya”.

Dr yg saya hormati, daripada perenggan ini, saya simpulkan bahawa mungkin Dr diberitahu bahawa anggota polis yang bertugas memukul peserta perhimpunan yang mana menurut pandangan Dr adalah rakyat yang tidak bersalah. Sebagai seorang pegawai polis yang berada di sana, tidak dapat saya nafikan bahawa tidak mungkin sesuatu tangkapan itu boleh dibuat tanpa kekerasan. Harus juga kita bertanya kepada diri apa yang memaksa anggota polis bertindak sebegitu rupa. Sekiranya tiada provokasi dari peserta mahupun engkar larangan, adakah polis dengan sewenang-wenangnya akan melakukan kekerasan untuk menyuraikan kumpulan ini?

Yang Berbahagia Dr,
saya dan kami anggota polis yang bertugas, seawal diarahkan untuk mengawal perhimpuan tersebut tidak pernah sekalipun terniat atau terlintas difikiran untuk memukul mahupun menzalimi peserta-peserta perhimpunan. Doa kami hanyalah supaya perhimpunan itu berjalan lancar dan bersurai seawal mungkin, agar tiada insiden mahupun kecelakaan berlaku sepanjang penugasan kami. Tetapi Allah lebih berkuasa, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Dalam sekelip mata kekecohan berlaku akibat kedegilan peserta yang mengikut arahan individu tertentu, melanggar halangan menuju Dataran Merdeka. Percayalah Dr, sekiranya arahan untuk tidak memasuki Dataran Merdeka itu dipatuhi, saya yakin, malah saya amat yakin tiada insiden mahupun kecederaan akan berlaku.
Yang Berbahagia Dr,

Mungkin Dr ada melihat melalui video atau televisyen perilaku peserta-peserta ini. Mungkin Dr ingin memperkatakan sesuatu tentang perilaku mereka. Kerana perjuangan, mereka hilang kewarasan, hilang harga diri malah hilang rasa hormat terhadap orang lain. Tidak perlulah saya mengulangi lagi apa yang peserta-peserta ini telah lakukan demi perjuangan mereka ini. Dari pandangan saya yang pendidikan tidak seberapa ini, saya kira Dr juga perlu lebih menyeluruh dalam hujahan Dr. Sebagaimana Dr menegur kami anggota polis, perkara sama juga perlu Dr lontarkan kepada peserta-peserta perhimpunan ini. Moga dengan nasihat dan teguran Dr, tiada lagi laungan polis anjing mahupun tindakan meludah kepada anggota polis akan berlaku dalam aktiviti mereka selepas ini.
Yang Berbahagia Dr,

Kami anggota polis hanya mahukan ketenteraman ibu kota terpelihara dan hak-hak rakyat yang tidak menyertai perhimpunan itu juga terus dibela. Ada yang menjustifikasikan hak mereka untuk berada di Dataran Merdeka pada hari itu adalah semata-mata kerana mereka pembayar cukai. Tidakkah mereka pernah terfikir jutaan lagi rakyat yang tidak mahu mereka berada di situ juga membayar cukai!

Yang Berbahagia Dr,
Sepertimana mereka, kami anggota polis juga adalah rakyat. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pengundi. Sepertimana mereka, kami anggota polis ini juga adalah pembayar cukai. Akhir kata, terima kasih atas teguran, doa dan panduan Dr. Moga Dr terus dilimpahi rahmat dan kesihatan untuk menulis dalam ruangan seterusnya. Terima Kasih.

Dari..Kami Juga Rakyat Malaysia.

 ... betul tue... mana ada polis buat kekerasan... polis siap pujuk lagi masuk dalam trak....hahahaha
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

11 ulasan:

  1. surat bodoh dari seekor polis yang bodoh..

    BalasPadam
  2. Polis buat ayat sedih..ya ya..polis memang baik pn..dari bersih 1 sampai bersih 4 nnt..

    BalasPadam
  3. Bravo DR.Maza...persetan kan surat dri anjing ni.

    BalasPadam
  4. memang patut pun dipanggil anjing mengikut arahan membuta tuli. kenapa tak boleh tangkap dan terus gari aje kenapa mesti pukul sedangkan mereka tak melawan, org tua pun dibelasah patut pun perserta belasah balik polis kerana polis lebih biadap dan kurang ajar..

    BalasPadam
  5. Yang aku puji sikap polis ialah semasa menunggu keputusan DSAI di Mahkamah itu hari pasal kes si Epoi tu ja. Polis2 membenarkan dan menjaga dgn baik dan muka manis. Siap kami salam dgn polis kerana beri kerjasama. Muka manis ja polis2 yang bertugas masa tu. Ini baru Pro beb.... bukan macam semasa BERSIH 1,2 & 3. Belum start lagi muka KPN, TKPN dan Ketua Polis KL dan macam anjing BULL DOG. Belum apa dah provoke nak menakut2 dan memberi warning pada peserta2. Bila hari dah tiba provoke lagi sekali ie road block sana, road block sini kasi susah sama perserta2. Nila sampai ke destinasi yang di tuju, satu kali lagi polis buat provoke halang sana, halang sini. Peserta cool aja dan erus jalan. Paling syeitan, polis2 provoke lagi kasi kena asap pedih dan air beracun sama peserta. So, kalau ini macam mana tak kelang kabut. Macamana peserta tak marah. Lepas tu anjing2 syeitan ni satu kali lagi provoke ie hantam peserta dgn memijak, memukul, menumbuk, menerajang dan menangkap peserta2. Betul2 kasi peserta marah.Apa perbuatan ini polis kata tarak provoke ke? Apa polis pukul peserta boleh kasi maaf ka? Memang macam BABI kalau inipun polis tarak nampak. Lagi mau ngaku baik ka pukul orang senang2.

    BalasPadam
  6. x payah nak promosikan konon polis tu baik-baik perangainyer.....kalu 100 mungkin 2 sajer polis yg baik......yg lain sume main ikut arahan BOSS , bila dah jadi kecoh sume BOSS lepas tgn tiada yg backing....sbb tu polis rakyat gelar anjing kerana ikut arahan tanpa nak pikir langsung tindakan yg perlu.....mcm anjing ler katakan.

    BalasPadam
  7. Surat cik abang polish ni, aku nampak satu.. Diye bengang, sebab majoriti anggap polish tu takat abis SRP/SPM jerr.. Korang tengok le tulis surat... best ape? Spelling okey. Kalau cikgu.. aku bagi le 70/100%. Boleh??

    BalasPadam
  8. seorang polis yg baik ialah mereka yg menjalankan tugas mengikut undang2 dansyariat islam ,,mereka tidak mengikut arahan membabi buta malah berani menegur ketua nya jika merasakan sesuatu arahan itu akan merosakkan masyarakat,tapi sekarang kita lihat ramai polis hanya mengikut arahan ketua dan pemimpin membuta tuli,ibarat seekor anjing yg menjaga tuannya .tanpa peduli samaada tuannya itu perompak atau penyamun

    BalasPadam
  9. "ALA KORANG NI KESIAN KAT AKU,AKU BUKAN NAK PUKUL TAK TERNIAT PUN,AKU MINTA MAAF BANYAK BANYAK KEPADA PESERTA BERSIH"
    BONGOK,LEBIH BAIK TULIS AYAT MACAM TU...TULIS BERJELA-JELA,NTAH APA-APA.
    KALAU POLIS NAK KEAMANAN,JANGAN CAKAP PESERTA YANG BUAT PROVOKASI...SB KORANG YANG BUAT,,,,SAPE YANG BUKA SEKATAN DATARAN MERDEKA..YANG PAKAI SPEK TU...SB KAN?KENAPA GAMBAR DIA TAK DER "WANTED".PENIPU,PENCACAI UMNO...KAWAL LA KUASA...BUKANYA KUASA MENGAWAL KAU....CAKAP MACAM TAK SEKOLAH.MANGKUK HAYUN...TUAN KONON...TUAN TAIK

    BalasPadam
  10. polis ni kalau beriman memang bagus... tapi yang susah nya kalau tak ada iman...
    besar sangat lah kuasa dia tu....

    BalasPadam
  11. Ramai rakyat naik meluat kepada polis selepas melihat aksi mat polis terhadap peserta Bersih3. Sekarang ni, apa yang berlaku di khalayak umum dapat di tonton cepat, bukan macam sebelum ada internet. Mat Polis! rakyat bukan bodoh macam dulu lagi! Tapi ada lagi yang bodoh, macam ahli-ahli UMNGOK! Maaf banyak2!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.