4 Mei 2012

SENATOR AUTRALIA BAKAL SAMAN NST ATAS TUDUHAN ANTI-ISLAM
abu nu'man4 Mei 2012 0 Komentar

UALA LUMPUR, 4 Mei — Senator Australia  Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.
“Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.

“Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan,” katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.

Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu laluyang menggelarkan Islam sebagai “pertubuhan jenayah” ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.

“Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.

“Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya,” katanya.
Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.

Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.

“Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?” soalnya. “Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya.”

Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas “dasar kehendak” untuk negara dan rakyatnya.

“Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku,” katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.

Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.

Namun begitu, menurutnya, akhbar Umno itu telah “mengeruhkan keadaan.”

“Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini,” katanya.

Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan “kenyataan yang sepatutnya” di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.

Respon balas NST adalah: “merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk ‘Pemerhati Di dalam Perhatian’ dengan sub tajuk ‘Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam’, seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.

“Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan ‘Islam’ yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.

“Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.