ROSMAH DAPAT TOKOH INDUSTRI BUKAN TOKOH SUKAN...HAHAHAHA

Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata, golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.

"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia,” katanya.

industri pun industrilah...  janji ada nama-nama sukan...

Ulasan

  1. kalau rosmah tu.. macam macam tokoh pun boleh... lepas ni tokoh apa pulak??

    BalasPadam
  2. tak sangka besar kan rambut ni satu sukan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular