RAIS IZIN PARTI POLITIK BERKEMPEN DI TV???

Kerajaan akan meneliti saranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik di negara ini termasuk pembangkang diberikan akses siaran televisyen secara bebas dan adil.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ia bagi membolehkan parti-parti berkenaan menyampaikan manifesto mereka kepada rakyat.

''Kerajaan telah menerima permohonan SPR supaya memperuntukkan masa kepada parti-parti politik berkempen di televisyen. Sebenarnya kita telah menyediakan satu kertas cadangan yang akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi.

''Ini bagi mempertimbangkan sama ada saranan itu diluluskan atau dengan pindaan. Ia selaras dengan amalan terdahulu tetapi kita pertingkatkan sedikit supaya setiap parti mempunyai kebebasan untuk menyatakan 'suara' mereka kepada negara dan rakyat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan ucaptama dan merasmikan Seminar Pemikiran Perdana Menteri: Ke Arah Pemupukan Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Masyarakat - 1Malaysia di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Akses kepada media bebas dan adil merupakan antara syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Baru-baru ini, SPR memohon kerajaan memberikan masa siaran televisyen kepada semua parti politik ketika kempen pilihan raya umum.

Rais berkata, memberikan akses kepada mana-mana parti politik menyampaikan manifesto di televisyen adalah demi demokrasi dan amalan kesaksamaan di sisi undang-undang.

Tetapi jelas beliau, ia perlu kepada satu perundangan dengan manifesto yang hendak disampaikan mematuhi peraturan asas kementeriannya.

.... dua kali kiamat pun BN tak berani bagi PR kuar TV....

Ulasan

  1. betul ke nak bagi...dunia nak kiamat dah kot..:)

    BalasPadam
  2. baru nak bg cadangan pd kabinet atau cadangan disimpan dalam KABINET he he

    BalasPadam
  3. Aku ingat cadangan utk disimpan dlm kabinet kot.........

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah ! orang ramai dan rakyat Malaysia dah masak dengan tembelang dan perangai UMNO dan BN keseluruhannya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular