NIZAR HADIR DI BALAI POLIS BERI KETERANGAN

IPOH 24 Mei - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya. 
 Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu tiba kira-kira 10.15 pagi bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan tiga peguam sebelum memberi keterangan kira-kira sejam.
Beliau disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ketika ditemui pemberita, Mohammad Nizar berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Sebelum ini, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu.

Ulasan

Catatan Popular