KP KATE 49 ORG TUE XDE SORG PUN POLIS... BIJAK PUNYE STMT

Statement yang kurang bijak lagi tak berapa cerdik dari seorang Ketua... kalu ketua class ok la... memang la takde muka polis sebab korang yang pilih gambar2 tue... hahahahahha

Lanjutan insiden keganasan ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih 28 April lalu, pihak polis hari ini mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung keganasan sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung.

Namun begitu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, antara 49 individu tersebut, tiada seorang pun daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota polis.

“Pihak polis telah mengedarkan 49 keping gambar individu yang dipercayai terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 dan meminta mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran.

“Kalau ada (pihak) polis, ia mudah. Kita senang nak kenal pasti mereka,” katanya menjelaskan tiada polis terlibat dalam 49 individu terbabit.Menurut Mohmad, pihaknya juga telah menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peguam, wartawan, peserta perhimpunan, peniaga, orang awam dan juga pihak polis berhubung insiden keganasan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka minggu lalu.

Selain itu, Mohmad turut menjelaskan, jumlah keseluruhan tangkapan perhimpunan Bersih 3.0 adalah seramai 513 individu dengan 22 daripadanya adalah pelajar.



Ulasan

Catatan Popular