KHIDMAT UMRAH/ HAJI PENTINGKAN UNTUNG DARI IBADAH?.. UNTUNG SORG RM9,500
Para pengusaha perkhidmatan haji dan umrah menjana keuntungan hingga RM280 juta setahun... satu jumlah yang besar ... bayangkan tahun lepas sahaja mereka rugi RM3.8 juta akibat Arab Saudi kurangkan 400 jemaah... maknanya untung 1 jemaah RM9,500... PEHHHHHH!!!!!
Para pengusaha perkhidmatan haji dan umrah bakal menanggung kerugian kira-kira RM280 juta setahun sekiranya kerajaan Arab Saudi melarang rakyat negara ini daripada mengerjakan ibadat itu.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Daud Che Ngah berkata, sebanyak 26 pengusaha perkhidmatan haji dan umrah berlesen di negara ini bakal menutup perniagaan mereka kerana menanggung kesan kerugian besar tersebut.
Menurut beliau, sebagai contoh pada tahun lalu, pihaknya terpaksa menanggung kerugian RM3.8 juta apabila Arab Saudi mengarahkan untuk mengurangkan jumlah jemaah umrah daripada 1,400 kepada 1,000 orang.
‘‘Bayangkan jika Arab Saudi tidak membenarkan rakyat negara ini menunaikan haji atau umrah selama tiga tahun, apa yang akan terjadi kepada nasib kami.

what's new....utk berSOLAT kontrektor2 buat masjid beratus juta dapat untung, ZAKAT & FITRAH pihak yg menguruskan dapat untung, PUASA, pengusaha hotel2 dapat untung..buffet sana buffet sini, cuma rukun yg pertama takdak peluang buat duit.
BalasPadamMekah dan madinah bukan tanah rakyat Saudi tapi tanah umat Islam sedunia. Jika mereka menghalang umat Islam menunaikan ibadah wajib maka tanggunglah dosa kerana menghalang umat Islam melakukan ibadat wajib
BalasPadamtakde kebuluq arab saudi nak halang owang buat haji umrah... depa pun tak heran setakat 20 owang dok kat masjid nabi ambil gambar bersih
BalasPadamapa kerugian yang nak dihebohkan padahal ada penganjur umrah yang x mnepati janji kemudahan dalam pakejnya... alasannya peserta kena bsabar dan terima "cubaan" Allah. Tak payh war-warkan kelebihan pakej kalau x dpt ditunaikan.
BalasPadamKenyataan itu salah dato. sebenarnya syarikat tidak dapat untung/duit rm 3.6 juta. rugi apabila duit kita hilang/merosot ada faham.
BalasPadamBila bab rugi , bukan main kecoh lagi pengusaha2 ni..tapi bila bab dapat untung, bab buat kerja tak ikut aturcara, bab ramai orang kena tipu ajen syarikat dan sebaginya tak nak mengaku pun ..suruh org sabar je, jadi kalau ada yg rugi tahun ni SABO je la, sebab tahun lepas dah untung juta2..lagi nama meniaga!!
BalasPadamrugi sekali dah kecuh, tapai ada plak syarikat yang mengaut keuntungan dengan dengan menaikan harga pakej. sewaktu pendaftaran kami ambil pakej 22000, tak lama dari itu ada plak agen syarikat telefon dengan kata-kata yang kurang menyenangkan , dah lah kita ni sememangnya nak pergi, terpaksa lah mengiyakan saja, tawarkan rm 24000 kalau nak pergi tahun ni juga, di saat akhir syarikat menawarkan rm 26000, kami terpaksa lah akur. ini lah permainan agen-agen pakej swasta untuk meraih keuntungan dari senarai menunggu untuk menjadi tetamu allah, kalau tak ada wang sememangnya tak dapat untuk menjadi tetamu allah , walau pun pada mula nya di tawarkan pakej rm 22000. perlu di ingatkan kpd kawan-kawan / saudara mara. syarikat menjanjikan tempat kediaman hotel yg dinyatakan, malangnya hotel penginapan kami terlalu sedih , lebih kepada hotel muasasah lagi menyusahkan. bilangan hari di janjikan 42 hari. malangnya ada di antara kami , hanya menginap selama 30 hingga 36 hari. baki kalau dikirakan rm 70.00 / hari di hotel, syarikat tak mahu membayar baki tersebut. mereka dan ustaz2 hamya boleh mengucapkan perkataan reda... kena reda.... kalau nak haji yg mabrur. nampak nya mereka ni lebih mengetahui dari allah berkenaan mabrur / tidak. harap kerajaan dapat ambil tindakan terhadap syarikat yg mengendalikan pakej haji 1433 hijrah. kalau tak caya tanya lah mereka yang terlibat. pantau sebelum ianya berterusan.
BalasPadamsaya rasa pihak andalusia pun tahu syarikat yang disebutkan di atas. maaf , kenyataan rm 70.00 / hari adalah untuk bayaran makan minum sebanyak tiga kali sehari, belum di kira sewa hotel riyal arab 250.00 semalam di kenakan rm500. rial kepada jemaah haji. kami di beritahu oleh orang tertentu, hotel tersebut mengenakan bayaran sekian yang di nyatakan.satu bilik di huni oleh 3 / 4 orang berapa banyak keuntungan yang diperolehi
BalasPadam