Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dituduh telah merosakkan pemikiran
pegawai-pegawai kerajaan dengan menanamkan kebencian dalam pemikiran
mereka terhadap pembangkang, kata Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas
Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Mursyidul Am PAS
Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai “Bapa Kafir” jelas menunjukkan Umno telah
menanamkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap pembangkang
sehingga dilihat sebagai musuh negara.
“Pemikiran pegawai-pegawai kerajaan telah dirosakkan oleh Umno untuk
membenci pembangkang hingga mereka tidak boleh bertindak dengan
sejujur-jujurnya.
“Kenyataan Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir
jelas menunjukkan bukti Umno menanamkan kebencian terhadap pembangkang
di kalangan pegawai-pegawai atasan hingga dianggap sebagai musuh
negara,” tegasnya dalam sidang media pejabatnya di sini.
Tambah Khalid (gambar),
kenyataan yang dikeluarkan bekas ketua polis itu penuh dengan perasaan
kebencian, sedangkan beliau seharusnya memberikan kenyataan yang
bersifat neutral.
“Istilah ini penuh emosi, keganasan dan kezaliman. Sebagai bekas ketua polis negara, dia sepatutnya neutral.
“Ini menzahirkan kadar neutraliti yang tak dapat dilaksanakan kerana
institusi kerajaan dirosakkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai
cara,” tambahnya.
Menurutnya lagi, ia juga adalah salah satu punca mengapa peserta Bersih 3.0 dibelasah teruk oleh anggota polis.
“Maka itulah yang akan menghasilkan tindakan zalim dalam apa-apa program.
“Pemikiran pegawai kerajaan dirosakkan Umno-BN hingga mereka tidak
boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya,” tambahnya yang turut menggesa
sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, kerajaan
seharusnya menghormati pembangkang dan sedia untuk menerima kekalahan.
Thursday, May 10, 2012
'Isu Bapa Kafir’: Umno rosakkan pemikiran pegawai kerajaan,
INFAQ JIHAD FI SABILILLAH
..................................................................................................................
DERMALAH KE AKAUN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju
................................................................................................

Disclaimer
Disclaimer/ Penafian
The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.
Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.

0 comments:
Post a Comment