INNALILLAH PADA SEMUA MANGSA KEMALANGAN DRAG PUTRAJAYA

Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.


Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Mangsa yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 20, kerana mengalami sedikit pendarahan di kepala, hati serta limpa, dan Ami Nakim, 27, yang retak kedua kaki dan tangan kiri akibat kemalangan itu.


Mangsa lain, Muhamad Fairuz Jalaludin, 27, sedang menjalani pembedahan ketika lawatan itu manakala seorang lagi dipindahkan ke Hospital Kuala Pilah.





Ulasan

  1. Ada tak antara mereka yang tago batu masa ceramah Anwar? Kalau ada aku nak tumpang sumpah sekali.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular