DERIS JUSOH HANYA MAMPU BAGI SPEC MATA DARI DUIT ROYALTI

Pemberian kaca mata secara percuma kepada penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih mendapat sambutan luar biasa apabila ramai yang mengambil peluang untuk mendapatkannya daripada pihak penganjur.

Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih itu ditawarkan kepada semua golongan termasuk pelajar,ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), remaja,wanita dan warga emas.

Program dengan kerjasama sebuah syarikat pembekal kaca mata terkenal Optometris Sanadi Sdn Bhd itu bertujuan memberi kemudahan kepada golongan berkenaan untuk mendapatkan cermin mata bagi kegunaan harian.

ADUN Jertih,Datuk Seri Idris Jusoh berkata, program yang bermula sejak jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang itu memberi manfaat kepada 500 penduduk yang datang mendaftar dan membuat pemeriksaan mata sebelum mereka diberikan cermin mata berkenaan.

Idris yang juga Pengerusi Mara berkata, beliau berterima kasih kepada syarikat berkenaan yang sedia bekerjasama dengan pejabat penyeleras DUN terbabit bagi membantu orang ramai.







...bukan duit BN Terengganu pun... tapi duit syarikat yang nak save dari bayar cukai.... BN tengganu tumpang glemour je....

Ulasan

Catatan Popular