BN TUDUH YUSOF TIDAK INTEGRITI.. MACAM LE BN BERINTEGRITI???


Ketua-ketua Barisan Nasional (BN) telah melahirkan kemusykilan mengenai kemasukan Datuk Yusof Zainal Abiden ke dalam pasukan pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan mendakwa langkah itu akan mewujudkan kesangsian mengenai ketekunan bekas Peguamcara II itu sewaktu membicarakan kes Liwat II. 
 Mereka mendakwa yang Yusof  “tidak profesional” kerana ia merosakkan persepsi awam ke atas pembicaraan selama dua tahun ke atas Ketua Pembangkang Anwar.

“Dia tidak wajar menyertai pasukan Anwar kerana ia mewujudkan syak wasangka di dalam minda awam bahawa beliau mungkin sengaja menggagalkan kes Liwat II,” kata Datuk Nur Jazlan Mohamad, Ahli Parlimen Pulai Umno.

MP Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut berkata “integrity [Yusof] sekarang akan disangka kerana mungkin akan ada mereka yang berfikir beliau berpakat sulit dengan Anwar dan tidak serius untuk memenangi kes itu”.

Ulasan

Catatan Popular