AWAT LE MENTERI BN SEMUA BODO-BODO TERMASUK BEKAS MENTRI KEWANGAN



TASEK GELUGOR, 13 Mei — Negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata negara berkemungkinan kembali kepada zaman pemerintahan Francis Light dan Alfonso de Albuquerque jika pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan kerana mereka dilihat tidak mampu memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tahu bahawa agenda bumiputera satu perkara penting pada tahun sebelum tahun 1511. Selepas itu, selepas 446 tahun kita tak cakap mengenai agenda bumiputera dan selepas merdeka baru kita kembali memperjuangkan agenda bumiputera.

"Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda bumiputera. Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511," katanya

Beliau berkata perkara itu kini boleh dilihat di Pulau Pinang apabila masyarakat Melayu seakan-akan dipinggirkan dan agenda bumiputera juga tidak diperjuangkan di negeri ini.

Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata hal sedemikian tidak akan berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan memandangkan sejak negara memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai usaha telah dijalankan untuk memperjuangkan agenda bumiputera bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat itu.



Ulasan

  1. "Kita tak pasti sama ada parti yang memerintah (pakatan pembangkang) akan pegang kepada konsep agenda bumiputera. Kalau mereka memerintah automatik kita akan balik ke zaman 1511,"

    Kalo tak pasti bagi la peluang PR perintah dulu & tengok mcm mana...kalo x OK gerenti rakyat akn tukar balik kuasa pd BN....baru la demokrasi namanya.

    BalasPadam
  2. ek eleh...elok jugak kembali le era penjajahan portugis tu..tahulah kita siapa yg khianat siapa...elok apa era penjajahan 1511, sebab itu kat melaka ada tinggalan sejarah yg boleh menggalakkan kedatangn pelancung asing..kalau tidk apa lah yg ada kat melaka tu??malah kat ng lain pun sama..ada penjajahan adalah tinggalan sejarah yg boleh jadi tarikan pelancung asing..pelancung asing kan penting ...

    BalasPadam
  3. ok jugak , buleh aku jadi hang jebat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular