22 Mei 2012

APA NIAT SEBENAR PENDAKWA JADI PEGUAMCARA?
abu nu'man22 Mei 2012 0 Komentar


Bekas Peguamcara Negara II Datuk Yusof Zainal Abiden hari ini menyertai kumpulan peguam Datuk Anwar Ibrahim, pemimpin pembangkang yang hari ini didakwa menyertai demonstrasi jalanan haram.
Ini merupakan perkembangan yang mengejutkan kerana Yusof telah mengetuai pendakwaan kes Liwat II terhadap Anwar, di mana Anwar telah dibebaskan awal tahun ini.
Yusof (gambar) telah bersara dari Jabatan Peguam Negara.
“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam. Saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu para pemberita di mahkamah hari ini.
“Saya menerima panggilan dari Anwar semalam dan saya tidak teragak-agak,” Yusof memberitahu wartawan apabila didekati di mahkamah hari ini.
“Beliau mempunyai hak untuk memilih peguamnya,” Yusof berkata.
Yusof menekankan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan politik dan merupakan seorang “profesional” yang “rela dan berupaya” untuk membantu Anwar apabila diminta menyertai kumpulan peguamnya.
“Saya seorang agen bebas,” katanya.
Yusof juga berkata bahawa beliau “tidak akan membuat kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan” dan tidak mempunyai percanggahan kepentingan.
“Saya bukan menyertai sebarang parti politik. Saya cuma seorang peguam,” beliau berkata.
The Malaysian Insider memahami bahawa hubungan Yusof dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dingin buat suatu masa dan beliau juga telah tidak bersetuju dengan cara pengendalian beberapa kes profil tinggi.
Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Abdul Ghani sekarang, Yusof cuma berkata “tiada komen”.
Beliau telah dilihat bergaul dengan peguam lain Anwar pagi tadi.
Pemimpin PKR Sivarasa Rasiah, yang juga seorang peguam, telah mengesahkan dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider apabila ditanya jika bekas peguam kerajaan itu berada dalam kumpulan peguam ketua de facto PKR itu.
Sivarasa berkata Yusof sedang membantu peguam utama Anwar, Karpal Singh. Peguam lain yang berada dalam kumpulan Anwar ialah anak Karpal, Ram Karpal Singh Deo dan Sankara Nair.
Anwar, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin telah didakwa hari ini dengan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April di bawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, kurang dari sebulan selepas akta baru ini yang bertujuan untuk membenarkan perhimpunan awam “selari dengan norma antarabangsa” dilaksanakan.
Kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman boleh mendatangkan saman maksimum RM10,000.
Ketiga-tiga mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan melanggar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah telah menetapkan 2 Julai sebagai tarikh sebut kes ini.

Comments

Loading... Logging you in...
Close Login with your OpenID
Or create an account using OpenID
  • Logged in as
There are no comments posted yet. Be the first one!

Post a new comment

Comments by
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.