WANITA BERTUDUNG SOROK SUSU CELAH KANGKANG DICUKUP


Kumpulan wanita berjubah yang aktif mencuri susu di pasar raya di beberapa lokasi seluruh negara muncul di bandar ini dengan taktik lebih agresif sebelum dicekup polis selepas perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Kaki Bukit, di sini, Khamis lalu, lima wanita terbabit dikesan mencuri puluhan susu tepung berjenama yang bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara menyorokkan barangan itu di celah kangkang mereka.
BONGKAR...rakaman CCTV menunjukkan aksi dua suspek.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang bertudung labuh, berbaju kurung dan berjubah dilihat keluar masuk premis pasar raya itu sebanyak empat kali dan dengan selamba menyorokkan tin serta kotak susu yang dicuri di dalam pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang menyedari perbuatan itu selepas melihat rakaman CCTV terus membuat laporan polis.

Siasatan polis kemudian mendapati lima wanita terbabit turut dibantu enam lelaki dan polis menahan enam daripada mereka termasuk dua wanita di Klang, Selangor dan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

... power ranges...

Ulasan

  1. Tak nampak pakai jubah pun. Tudung pun secoet saja. Tudung kepala, bukan tudung aurat.

    BalasPadam
  2. btulla..tu bukan tudung labuh pun..jgnla dok manipulasi org pakai tudung labuh..

    BalasPadam
  3. x nampak pun ape2 yg mencurigakan...nak cite pasal tudung ke ape bendanya..

    BalasPadam
  4. mmg pompuan dalam gambar ni ditangkap.. pernah terbaca dalam paper dan pernah nampak poster gambar pompuan ni di pasaraya yg mana di tangkap kerana mencuri susu tepung yg di soroknya di celah kangkang.. sejauh mana kebenarannya itu kurang pasti..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular