Umno dan rasuah ibarat "aur dengan tebing : Ariff Sabri

Atas kekecewaan terhadap kepimpinan parti, Datuk Ariff Sabri yang selama ini merupakan ahli Umno bertekad menyertai DAP, yang mana menurut mereka parti yang dituduh Umno sebagai chauvinis Melayu itu mengamalkan dasar "kesatuan nasional."


Bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan Datuk Ariff Sabri berkata, penglibatan beliau dalam DAP adalah kerana parti itu adalah sebuah parti yang berjuang untuk demokrasi , kesaksamaan ekonomi, dan negara yang bebas dari rasuah.
"Saya ambil keputusan yang lama untuk sertai DAP, saya kecewa dengan kepimpinan parti yang mengamalkan kronisme politik, berbeza dengan DAP yang memperjuangkan kesaksamaan dalam ekonomi, bebas rasuah, dan berjuang semata-mata demi demokrasi," tegasnya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis untuk sepenggal.

"Umno bukan pejuang Melayu sejati, mereka adalah pejuang hanya untuk sekumpulan Melayu.
Tambah Ariff, penyertaan dirinya ke dalam DAP juga berikutan gejala korupsi dalam Umno yang tidak dapat dibendung dan sudah tidak dapat terkawal.

"Umno dan rasuah ibarat "aur dengan tebing," Umno tidak dapat hidup tanpa rasuah, rasuah tidak dapat berkembang tanpa Umno," katanya lagi.

Ulasan

  1. ALAHAI...LUAHAN ORG-ORG YG KECEWA..MGKIN X SEMPAT DPT RASUAH DLM UMNO DULU TU, TU PASAL TUKAR PARTI.. TEPUK DADA TANYA IMAN..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular