(UPDATE) : 2 PELAJAR DIKASARI OLEH DBKL PAGI TADI

KUALA LUMPUR, 16 April: Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi ini. Insiden berkenaan didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi, apabila pegawai dianggarkan seramai 30 orang itu bersemuka dengan pelajar terbabit dalam cubaan mereka untuk meruntuhkan satu khemah pelajar terbabit.
Empat pelajar berkenaan mendakwa cedera dalam pergelutan yang berlaku selepas itu.

Mereka menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) enggan berpindah daripada kawasan itu.

Ketika itu, satu khemah telah dirampas oleh pihak DBKL termasuk makanan/ minuman yang terdapat dapam khemah tersebut.

Pengerusi kumpulan pelajar Malaysia Bangkit Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, seorang pelajar UPSI, Mohd Alif Asyraf telah dikasari oleh peguatkuasa DBKL menyebabkan belakang lehernya mengalami luka kecil akibat tindakan ganas orang DBKL dan tiga yang lain didakwa telah ditumbuk.

Sementara itu, seorang lagi pelajar UiTM, Khalid Asmat telah dikasari ‘di dalam trak DBKL’. Beliau yang pada awalnya dipanggil oleh penguasa DBKL kononnya ingin berbincang untuk menurunkan khmenh tetapi sebenarnya pihak DBKL telah memegang keda-dua belah tangannya dan mengkasari beliau.
Kali ini satu khemah mereka berjaya dirampas. Dengarnya mereka akan memasangkan semula dikawasan tersebut.

Kesemua mereka berusaha untuk berkhemah di Dataran Merdeka sehinggalah 28 April ini apabila pehimpunan Bersih 3.0 akan diadakan disitu.

Sesiapa yang berminat untuk mensponsor khemah boleh hadir terus ke Datarn Merdeka tempat mereka berkampung… difahamkan tadi seorang lelaki berbangsa Cina telah menyumbangkan 1 khemah bagi mengganti khemah yang telah dirampas oleh DBKL.

11.00 AM... para pelajar sedang memasang Banner dan sepanduk di Dataran Merdeka bagi menarik perhatian kenderaan yang melalui disitu....

12.30 PM... dua khemah baru didirikan semula di tapak tersebut sambil diperhati oleh penguakuasa DBKL dan Polis.

12.55 PM... Kehadiran YB Tian Chua hadir memberi sokongan kepada para pelajar yang berada di Dataran Merdeka. Beliau turut menggesa agar pihak berkuasa DBKL mahupun polis tidak mengambil apa-apa tindakan kepada pelajar memandangkan para pelajar ini tidak melakukan apa-apa kerosakan yang boelh mengganggu ketenteraman awam dan harta benda. Belaiu turut mengecam tindakan penguakuasa DBKL yang telah mencederakan para pelajar dalam kejadian pagi tadi.

1.25 PM... Chegu Bard tiba memberi sokongan kepada pelajar sambil menyarankan agar pihak mansuh PTPTN membuat surat kepada Datuk Bandar akan tujuan mereka berkampung sambil berjanji untuk tidak mengganggu dan membuat kacau di Dataran Merdeka serta menjaga kebersihan.

* tunggukan kemunculan Youtube bertajuk " DBKL Mengganas" petang ini....

Ulasan

Catatan Popular