TAKDE DATARAN... TEMPAT LAIN ADA : DEWAN PEMUDA
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
(DPPWP) mengalu-alukan keputusan Bersih 2.0 untuk tetap meneruskan Perhimpunan
Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April 2012 meskipun Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) menolak permohonan mereka.
DPPWP menganggap keputusan DBKL yang
melarang penggunana Dataran Merdeka sudah dijangka kerana memang tidak pernah sebelum
ini permohonan mana-mana himpunan rakyat dibenarkan. Walaupun peringkat awalnya
pihak kerajaan tidak bermasalah dengan Bersih 3.0 tetapi akhirnya mereka menjadikan
DBKL sebagai alasan untuk tidak membenarkannya. Memang selama ini perhimpunan
aman rakyat sering dianggap perhimpunan haram dan tindakan keras pasti akan
diambil terhadap pesertanya. Tidak mustahil ia akan berlaku kali ini menjelang
28 April 2012 nanti.
DPPWP tidak menganggap kebenaran
menggunakan Dataran Merdeka sebagai isu utama penganjuran Bersih 3.0. DBKL
mempunyai hak ke atas padang Dataran Merdeka tetapi tidak mempunyai hak untuk
menghalang perhimpunan tersebut. Lagipun, Kuala Lumpur memiliki banyak lokasi
sebagai perhimpunan rakyat dan jawatankuasa Bersih 2.0 boleh memilihnya jika
Dataran Merdeka ditutup dan dikawal rapi pada hari tersebut.
Perhimpunan Bersih 3.0 sudah tidak
dapat dielakkan kerana tuntutan bagi pilihanraya yang bersih dan adil amat
perlu waktu ini. Ramai beranggapan Bersih 3.0 adalah harapan terakhir rakyat
bagi menghadapi sebuah penipuan terbesar dalam sejarah pilihanraya di sebuah
negara demokrasi seperti Malaysia.
Dengan pelbagai kecurigaan yang timbul, serta Jawatankuasa Penambah baikan
sistem Pilihanraya di Malaysia (PSC) tidak berperanan sepenuhnya, tidak mungkin
pilihanraya kali ini dijamin bersih. Malah dijangkakan lebih banyak penipuan
yang terancang akan berlaku dalam Pru ke 13.
Buat je depan DBKL. Pakat tutup jln Raja Laut tu.
BalasPadamtak payah tentukan tempat yg specific..janji semua turun,jadikan bandar kl jadi lautan kuning.
BalasPadamkerajaan thagut sentiasa cuba perbodohkan rakyat... turun semua kali ini...pastikan kerajaan perompak harta rakyat ini TUMBANG SEMASA PRU13 nanti....
BalasPadamALLAHU AKBAR!!!
Bila masa lak DBKL jadi balaci umno secara langsung nih! Di harap DBKL ada anggota yg secukupnya hari perhimpunan nanti, kitorang nak dtang ramai2 buat sepah dekat dataran. Hujung bulan ambik gaji. Gaji pun kitorang yang bayar tau, bukan bapak umno yang bayar.
BalasPadam