RANG UNDANG2 PTPTN DIBENTANG OLEH NAJIB PADA 1997 :DSAI

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.
"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.
"Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997," jelas dalam kenyataan yang dimuatkan dalam blog milik Anwar.

Sedangkan Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan Najib yang pada masa itu merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
"Kenyataan Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mendakwa skim pinjaman PTPTN diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu.
“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,” katanya dipetik Bernama.

PR telah mempromosikan pendidikan percuma dan mendesak agar PTPTN dimansuhkan, sambil menegas bahawa kerajaan mampu membiayai pendidikan percuma menggunakan keuntungan jualan minyak serta melalui pengurangan kadar rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran.
Pakar strategi PR berkata bahawa mereka akan bertemu pada minggu hadapan untuk menyelaraskan polisi pendidikan percuma untuk pengajian tinggi dan berharap akan berjaya memenangi hati pengundi Melayu berumur lingkungan 20an, yang mana merupakan satu per enam daripada populasi pengundi.

Pertemuan itu berlangsung sebelum perbahasan antara Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 3 Mei sama ada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) harus dihentikan.

Ketua Umum PKR Anwar telah mengumumkan rancangan untuk memansuhkan PTPTN yang dikata telah membebankan mana ramai graduan dengan hutang walaupun belum lagi bekerja.

Ulasan

Catatan Popular