RAHMAN PERKASA SAMA MERENG DENGAN DR. RAHMAN
Perkasa berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.
Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.
“Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja.”
.... hanya orang giler yang paham bahasa orang giler!!!!
Ulasan
Catat Ulasan