23 Apr 2012

PR SELANGOR AKAN ADAKAN PRU BERASINGAN
abu nu'man23 Apr 2012 0 Komentar


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini berasingan ekoran kelemahan sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jelas Setiausaha Politik menteri besar, Faekah Hussin, isu pilihan raya berasingan tidak akan timbul sekiranya SPR bersungguh-sungguh membersihkan senarai daftar pemilih yang meningkat mendadak.

“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.

“Kita mahu SPR melaksanakan tanggungjawab secara bebas dan jangan mengikut telunjuk (Barisan Nasional) BN atau mana-mana parti politik seperti lembu dicucuk hidung,” tegasnya.

Jelas Faekah, pihaknya amat kecewa apabila SPR tanpa berselindung menunjukkan sokongan kepada BN.
“Jika ada pegawai tertinggi SPR mahu berpolitik, sila letak jawatan dan bertanding sebagai calon BN.

“Kita mendesak SPR berhenti menjadi jurucakap BN. Jika SPR mahu dihormati seluruh masyarakat Malaysia, laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur kerana setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Faekah menjelaskan, hak mengadakan PRU bersesama atau berasingan adalah terletak sepenuhnya pada kerajaan negeri dan SPR tidak boleh menggunakan alasan belanja RM30 juta untuk menyekat hak tersebut.
“Mereka harus sedar tindakan mengadakan pilihan raya berasingan adalah akibat dari kegagalan SPR membersihkan dan mengambil langkah berkesan sebagaimana unjuran Bersih 2.0.

“Jika kita mahu berbicara soal wang rakyat, bagaimana pula dengan RM250 juta wang rakyat yang disalahguna NFC (Pusat Fidlot Nasional) dan RM589 juta hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang dilupuskan oleh kerajaan?”

“Bagaimana pula dengan urusniaga penjualan Lebuh Raya MEX? Adakah geran kerajaan yakni duit rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings berjumlah lebih RM900 juta telah dikembalikan?”

“Bukankah ini semua melibatkan pembaziran wang rakyat?” soal pembantu Tan Sri Khalid Ibrahim ini.
Tambahnya lagi, perjumpaan antara kerajaan Selangor dengan SPR baru-baru ini berlangsung secara profesional walaupun hakikatnya kerajaan PR Selangor tidak berpuas hati dengan cara SPR menyelesaikan isu pertambahan pengundi yang meragukan  di selangor.

“Ini perjumpaan rasmi yang pertama kali diadakan antara kerajaan Selangor dengan SPR selepas pilihan raya umum 2008 sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Selangor untuk memastikan pilihan raya umum akan datang dijalankan secara adil, bersih dan bebas.

“Ketika pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menghuraikan secara terperinci kepada media massa intipati perbincangan bagi memelihara kerahsiaan dan menghormati permintaan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,” tambah Faekah.

Malah jelas Faekah, SPR turut mengucapkan terima kasih kepada PR Selangor yang sanggup membantu SPR membersihkan senarai daftar pemilih menerusi program Selangorku Bersih lantaran kewujudan lebih 42,000 pemilih yang amat meragukan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.