PAS MESRA MASYARAKAT CINA :TIMB. PRESIDEN

Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina.
Pemimpin mereka menolak dakyah, tuduhan dengan membuktikan parti Islam itu tidak tunduk kepada parti majoriti Cina-DAP, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR).
Kebanyakan pemimpin Umno dan akhbar mereka Utusan Malaysia menuduh PAS tunduk terhadap DAP.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata ketika perhimpunan malam tadi Umno cuba menakutkan komuniti Melayu, walaupun “propaganda” mereka itu tidak lagi efektif.
Beliau turut menuduh kritikan Umno itu bersifat hipokrit kerana mereka juga bekerjasama dengan Cina.
“Ye, memang (Presiden Gerakan Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon itu Jawa,” sindirnya kepada Umno dihadapan penyokong yang kesemuanya Melayu malam tadi.
“Dan Lim Chong Eu Bugis,” tambahnya.
Perhimpunan yang diadakan di Stadium Melawati itu dianjurkan sebagai pentas pemimpin pembangkang mempertahankan pentadbiran PR di Selangor daripada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya akan datang, termasuk menyambut ulang tahun ke 25 PAS di negeri ini.
Kedua-dua Koh dan Lim adalah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan pemimpin Gerakan, elah mengadakan hubungan dengan Umno di dalam BN.
Mat Sabu turut menjelaskan DAP seringkali dikritik sebagai chauvinis anti Islam oleh Umno namun menegaskan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah menerima peruntukan yang lebih tinggi sewaktu pemerintahan DAP berbanding Gerakan.
“Tahun pertama parti ‘anti Islam’ Lim Guan Eng telah memberikan RM20 juta, tahun berikutnya meningkat kepada RM24 juta, dan tahun ketiga RM33 juta,” katanya.
“Masuk tahun keempat, beliau yang dikatakan anti Melayu telah memperuntukkan RM64 juta.”

Ulasan

Catatan Popular