PAK HASSAN JUAG WAJIB SERAH VIDEO PADA PM...

Hasan Mohamed Ali “wajib” menyerahkan video bukti gejala murtad yang dimilikinya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjut termasuk menentukan kesasihan video itu malah kepada Perdana Menteri sekiranya perlu.
Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru ini berkata video yang didedahkan Hasan dalam satu sidang media khas pagi tadi disiasat dengan terperinci dan tindakan perlu diambil sekiranya benar.

Pada sidang media pendedahan video murtad itu Hasan berkata pihaknya mempunyai tiga versi video berkenaan dan hari ini beliau hanya mendedahkan dua daripada tiga video tersebut dengan durasi 16 dan 42 minit yang menayangkan pengakuan sepasang suami isteri yang telah kembali kepada Islam selepas murtad.

“Wajib serahkan...memang patut kerana pihak berkuasa agama ada kuasa untuk siasatan dan mengambil tindakan, (Hasan) wajib bagi.

“Jais perlu lakukan sisatan terperinci kerana isu murtad ini perlu ditangani. Jais juga perlu kaji perkara ini agar tidak berulang,” kata Dr Rani.

Pada sidang media pagi tadi, Hasan, Adun Gombak Setia berkata tidak menolak untuk menyerahkan video bukti gejala murtad itu kepada Jais sekiranya agensi agama itu memerlukannya.

Ulasan

  1. Apa yang susah sangat Hasan Ali oiiiii...kamu kan masih Timbalan Pengerusi MAIS!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular