KAMILIA KATA SHAHRIZAT "AHLI SAKIT"...HUHUHUHUHUHU
Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim mempertahankan tindakannya mendesak Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan, dan berkata beliau tidak mahu melihat sayap parti itu mempunyai ahli yang “sakit” dalam pilihan raya.
Beliau sebelum ini mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas senator tersebut tetap mahu meneruskan kepimpinannya dalam wanita Umno bagi memimpin 1.3 juta penyojong sayap berkenaan walaupun melepaskan jawatan Kabinetnya ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin wanita itu telah bersetuju untuk bekerjasama selepas perjumpaan dengan kepimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, dalam satu temuramah yang disiarkab akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Kamilia berkata demi menunjukkan kesatuan Wanita Umno dalam menghadapi masyarakat, solidariti juga perlu bagi menyelesaikan masalah kritikal dan bukan menyembunyikannya.
“Setiap halangan perlu di selesaikan dan bukan diabaikan. Dalam perang, sekiranya ada anggota yang membawa penyakit dak akan merebak kepada anggota lain, adakah kita tetap mahu dia teruskan ke medan perang?” jelasnya apabila ditanya oleh Mingguan Malaysia kenapa beliau tidak menyokong Shahrizat.
“Adakah kita mahu anggota kumpulan jatuh sakit dan mati atau kita asingkan mereka sehingga mereka sembuh supaya anggota yang lain boleh teruskan berjuang? Sebagai Wanita Umno, kita harus sedar makna sebenar solidariti,” katanya.
Ketua Cawangan Kuala Kangsar itu menegaskan kesatuan antara Wanita Umno adalah amat diperlukan bagi memberikan objektif yang jelas, dalam hal ini, untuk menang pilihan raya akan datang yang harus dilaksanakan sebelum April tahun depan.
Menurutnya, selain sayap berkenaan menunjukkan solidariti dan kekuatan, mereka seharusnya tidak mengenepikan masalah terutamanya yang melibatkan pemimpin atasan kerana akan mengancam peluang parti dalam pilihan raya.
“Dalam hal ini, Wanita perlu membersihkan imej supaya ia tiadak menggambarkan sayap diselubungi dengan isu kontroversi,” katanya kepada akhbar Umno itu.
Tambahnya lagi, beliau tidak berniat mahu memecahbelahkan sayap tersebut sebaliknya ia adalah masalah yang perlu diatasi.
“Malangnya, terdapat segelintir Wanita yang enggan mendengar penjelasan, enggan menerima dan faham masalah sebenar,” katanya.

Ulasan
Catat Ulasan