HARAM JATUHKAN KERAJAAN : MUFTI WILAYAH... DAH TUE NIE APE?
Rasulullah
S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara pelbagai
aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang akan selamat
di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek agama bermula
daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara pemerintah dan rakyat.
Memandangkan golongan pemerintah atau "ulilamri" begitu penting bagi menjaga
kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas syarak meletakkan ketaatan
kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti yang terdapat dalam surah
Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara pemerintah dan rakyat begitu
penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.
2. Berasaskan
dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli Sunnah telah
ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke atas setiap
muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’
mengatakan:
“Maka Allah
(melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para pemerintah
daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam
“Fathul Baari” menyatakan :
“Para ulama
telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa dan berjihad
bersamanya”
3. Sehubungan
dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik,
membunuh, makan harta anak yatim, makan
riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan
hadis-hadis sahih riwayat Bukhari,
Muslim Ibnu Abi
Hatim dan lainnya. Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan
:
َ
"Adapun
menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya haram dengan ijmak ulama "
4. Termasuk
dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran yang sah apa-apa
keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa yang diberikan
kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Benih pertama
kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil Zulkhuwaisirah
yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan menyifatkannya
sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis riwayat
Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka membaca
Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar dari agama
seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“. Dalam sebuah
hadis riwayat Attabarani,
Rasulullah
S.A.W. bersabda
“
penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka ".
5. Adalah
diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam hadis-hadis di atas,
dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah terdiri daripada
kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban. Ini bermakna
bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah menjadikan seseorang itu
kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadishadis di atas, jika akidah
dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Kenyataan
inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin Al-Husain Al-Ajurry As-Syafi’i memberi
peringatan dalam bukunya “Kitab Al-Syri’ah”, “Para ulama dahulu dan kini
sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat, penderhaka
kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan berpuasa, serta
bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan memberi
manafaat kepada mereka”.
6. Apa yang
dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain di atas bersandarkan kepada
hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk daripada tindakan
penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah,
ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke Syurga. Imam Annasaie
meriwayatkan sabda Nabi S.A.W.
َ
“Sesiapa yang
keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan pemerintah, mati
ia seperti mati jahiliah”
Imam Muslim
meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. sabdanya :
َ
“Dan sesiapa
yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti matinya
orang-orang jahiliah”
Imam Al-Bazzar
meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W.
َ
“Mana-mana
kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk menghinanya,
maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari
akhirat”
Antara pesanan
terakhir Rasulullah ketika Hijjatul Wada’, seperti yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad Tirmizi dan lain-lain, ialah hadis yang bermaksud :
“Aku berpesan
dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, berpuasa pada bulan
ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan taat kepada
pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu” Hadis ini
menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga. Ini
bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun
terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan
sebagainya.
7. Memandangkan
kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat di sebabkan oleh kegiatan
penderhakaan atau “bid’atul khuruj” ini, maka tidak hairanlah golongan
penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai “Kilabunnar” (anjing-anjing neraka).
Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami oleh
beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara, kegiatan yang
bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya mencetuskan
keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan
harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan dalam negara.
Berasaskan hakikat inilah, Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan mengenai golongan
ini menyatakan :
“Golongan
penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga sesiapa
yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang mewarisi
pemikiran ini dahulu dan kini”
8. Maka bertolak
daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama muslimin, saya menyeru
agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa juga bentuk sekalipun
dalam sebarang tunjuk perasaan anti Kerajaan. Kerana perbuatan demikian adalah
merupakan sebahagian daripada tindakan durhaka dan membatalkan kesetiaan dan
ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama mengharamkannya. Kesannya
seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh menjejas iman, memutuskan jalan ke
syurga dan menyebabkan seseorang mati dalam keadaan jahiliah. Sayugia
diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat dalam penganjurannya, bukan
sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi juga dosa setiap orang yang
mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut tersebut. Ini diterangkan
dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ ...
Dan sesiapa yang
menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan menanggung dosa perbuatan
tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti perbuatan tersebut selepasnya,
tanpa mengurangkan sedikitpun dosa para pengikut tersebut”.
Mereka juga akan
dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap kesan yang terbit daripada
perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah, kehilangan nyawa, kemusnahan
harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh orang
ramai.
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan
Selasa : 3 Syaaban 1432
5 Julai 2011
Dah tue nie menatang ape pulak????????????
huhuhuhuhuhuhu......
yg haram kalo dia nak jatuhkan kerajaan yg adil.. mufti ni kene ngaji balik ni
BalasPadamni ape pulak???
BalasPadam"sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya''
nak ganti kerajaan sedia dgn kerajaan campuran yang disertai oleh DAPig(dipegang oleh cina komunis Lim & family serta Karpal HARAM Singh yg ngatakan langkah mayat dia dulu kalau PIS nak laksana HUDUD) dan PKR(yang diterajui oleh pemimpin yang banyak sangat dibelenggu masalah moral)...mana lagi elok??
terbaru DAPig akan anugerahkan pingat kepada bekas BAPA AYAM di Penang...cuba terangkan sikit wahai PIS @ Parti Ajaran Sesat....
ni ape pulak???
BalasPadam"sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya''
nak ganti kerajaan sedia dgn kerajaan campuran yang disertai oleh DAPig(dipegang oleh cina komunis Lim & family serta Karpal HARAM Singh yg ngatakan langkah mayat dia dulu kalau PIS nak laksana HUDUD) dan PKR(yang diterajui oleh pemimpin yang banyak sangat dibelenggu masalah moral)...mana lagi elok??
terbaru DAPig akan anugerahkan pingat kepada bekas BAPA AYAM di Penang...cuba terangkan sikit wahai PIS @ Parti Ajaran Sesat....