EXCO KELANTAN BELA ANUAR MUSA... BN KELANTAN BOLEH BUAT GITU?

Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar.


Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

"Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.

"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim.

Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar.

Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.

Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar) pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.

Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.

"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.

"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.

Ulasan

  1. Sampe bab bola pn korg nk politik... apa teruk beno mentaliti kamu ni yob... ni ikhlas ke idak ni... haish, lupe, ni islam ajaran pas biasela....

    BalasPadam
  2. Udah le yob.Yang main bola ni orang muda.Bagi le pulak orang mude memimpin persatuan.Tapi....ape salahnya orang PAS menyokong ANUAR.Kite tak pule berminat yang sukan ini di politikkan.Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS tapi....kite bagi juga ANUAR MUSA jage bola sepak kat Kelantan.Kalu kat PERAK.....bagai nak rak direntap suruh turun dari jawatan tersebut.Betul tak YOB????????

    BalasPadam
  3. biase le yob..org umno ni kalu buleh semua nak digasaknya...sampe taik lembu pun nak di melantaknye...he he

    BalasPadam
  4. saudara kaki hairan,
    amendanya yg dipolitikkan?..bukan ke exco k'jaan neg. kelantan membela ts annuar musa yg dianiaya fam.
    lain kali kalo nk komen fahami dulu topik yg diperkatakan, baru la tk nampak sangat kebodohan engko tuh...dasar mentaliti pencacai.

    BalasPadam
  5. Bangang taw anon kt atas... sape yg tak paham, ko yg pikir pake buntot anwar sape sruh... klu nk membela, yg nk sebut sape wat sape x wat knape... bangang mak x ajar nk paham aku cuba sampaikn ape ke... aku ckp pase tajuk atas tu, yg nk sebut BN knape... aduyai, dasar lahanat bangang x diajar mak ayah la ni... xde tajuk len ke....

    BalasPadam
  6. hahahah!!! aku sokong Kaki Hairan. part membela 2 ok.. tp yg nk kaitan BN apsal? lantak la BN ni bela atau x.. semacam x ikhlas je nk mbela anuar ni. dah bat pas2, ckp org plak. ayat ni sama la mcm ayat 'aku dah tolong budak ni, ko ada tolong?? ada???' haaa... nmpk la mcm menunjuk2 yg dia ni baik, org 2 buruk.

    BalasPadam
  7. UMNO kelantan haram cendul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular