AYUH PEMUDA ... 10K SETIAP NEGERI DI DATARAN
Dewan Pemuda PAS di seluruh negara memberi komitmen terhadap Himpunan Bersih 3.0
yang akan berlangsung pada 28 April ini. Bagi membantu pihak penganjur himpunan
rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih 3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengerahkan paling minimum 10,000 anak muda dari
setiap negeri untuk menyertai himpunan tersebut.
Dewan Pemuda PAS setiap Negeri dan kawasan perlu
bekerjasama untuk membuat kerahan melalui pelbagai saluran dan net working yang
dimiliki. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, penyertaan anak muda yang akan
mengikuti himpunan ini adalah terbuka kepada semua anak muda yang menginginkan
Pilihanraya yang telus dan adil.
Oleh kerana 8 tuntutan Bersih2.0 masih tidak
diharau maka Himpunan Duduk dan Bantah sempena BERSIH 3.0 ini diadakan dengan
lebih aman. Justeru itu, DPP setiap negeri perlu memastikan agar kontijen anak
muda untuk BERSIH 3.0 ini mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
DPPM juga mengharapkan kepada seluruh anak muda
yang mempunyai kesihatan dari sudut fizikal dan mental untuk turun beramai-ramai
menyertai himpunan aman ini bagi memastikan ketulusan dalam sistem Pilihanraya
kita.
....apa mungkin Patriot akan turun dengan KJ dan pesilat negara berdepan dengan Pemuda PAS????
....apa mungkin Patriot akan turun dengan KJ dan pesilat negara berdepan dengan Pemuda PAS????
Ulasan
Catat Ulasan