1 STAFF JAIS ANTARA DIDAKWA HALANG DBKL CLEAR KHEMAH

Empat lelaki termasuk seorang kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dua pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menghalang pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas mereka.

Mereka ialah Shaiful Buhari Ramlan, 25, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 21, Muhammad Karim Abdullah, 24, dan Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, 21.

Shaiful Buhari merupakan kakitangan JAIS, Ekhsan Bukharee dan Muhammad Aliff masing-masing pelajar Unisel sementara Muhammad Karim bekerja sebagai penjual kad SIM.

Mereka didakwa secara berasingan atas tuduhan menghalang penjawat awam iaitu pegawai-pegawai penguat kuasa DBKL, Jamlus Hamzah, 41, Mohd. Radzif Majid, 32, Shamsuddin Othman, 43, dan Mohd. Azmin Yusri Yusof, 29, daripada menjalankan kerja-kerja memindahkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran di Dataran Merdeka.


Ulasan

Catatan Popular