WAJAH POLIS YANG MENYEBABKAN KECEDERAAN REMAJA 14 TAHUN

Kebanyakan akhbar-akhbar berbahasa Cina, sedang memainkan isu yang sangat sensitif dan cuba menyalahkan pihak polis. Insiden seorang remaja berbangsa Cina yang tidak bertopi keledar, tidak mempunyai lesen dan merempuh sekatan polis, sebelum terbabas dan kemudian melanggar tembok sebelum terlentang tidak sedarkan diri, telah digunakan oleh masyarakat cina itu untuk membuktikan Polis memusuhi orang Cina!
Permainan yang dilakukan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina dan kemudiannya disambut pula oleh puak-puak MCA di dalam Facebook, amat merbahaya. Hasutan dan fitnah yang dilakukan oleh mereka itu memperlihatkan penguasaan MCA dalam menyemai perasaan kebencian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Secara sahnya, remaja yang pangkal nama adalah Lim itu memang bersalah. Untuk menutup kisah sebenar, keluarga remaja tersebut menuduh polis telah menendang motosikal yang ditunggang oleh remaja itu menyebabkan dia terjatuh dan tercedera.
"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.
"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!".. - Kwong Wah Jit Poh

Ulasan

  1. jgn percaya 100%, kakak Lim tiada ditempat kejadian.kita simpati pada adik nya. Mungkin cerita ini direka utk memburukan polis. Walau pun polis selalu memusuhi kita(pembangkang)tetapi perkara2 yang menuduh polis secara melulu dan memainkan isu sensitif/perkauman oleh kaum cina khusus nya MCA wajar kita tentang.

    BalasPadam
  2. kalau ketua polis dah celaka, kurang ajar, sial dan macam2 lagi, apatah lagi polis2 tahap bangsat yg lainnya

    BalasPadam
  3. saman je lah. Kes yang teruk polis tak ambil pusing, yang remeh smpai koma budak tu. No matter what, budak tu melayu ke cina ke, polis tak patut buat begitu

    BalasPadam
  4. saman tak menang beb budak tu langgar sekatan jalanraya..

    BalasPadam
  5. dah memg salah polis. Kalau ye pun budak tu langgar sekatan jlnraya, rekod je la plat motor dan cari tuannya. Saman. Apa hal nak cederakan org awam? Tak kira la org awam tu cina, melayu , india dah memg
    salah polis.

    Setakat ni pun memg polis perangai langsung ..haissshhh... x tau nak habaq.

    BalasPadam
  6. tak boleh kata camtu.. anda takda kat tempat tersebut bagaimana anda boleh kata salah polis??
    walaupun polis kebanyakannya kadang2 memang cari pasal, tapi bukan semua keadaan..
    kebanyakan orang yg salah biasanya akan cari jalan supaya tak dipersalahkan..
    seboleh2nya mmg polis nak tangkap jugak.. itu gunanya sekatan jalan raya.. klu stakat nak amik no plat, xperlu ada sekatan..jadi sekiranya ditendang pun, dah mmg salah budak tu cuba lari..dan apa yg berlaku adalah diluar jangkaan..bukan tembak pun..
    paling teruk pun pada sangkaan polis, setakat cedera ringan jatuh motor..sedang perlakuan budak tu pun boleh memudaratkan org lain..
    nak diikutkan kne tahan pun boleh mati (serangan jantung, etc) so xboleh la nak tahan2?? ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular