TARIKH PRU SAMA MACAM SECRET RECIPI COCA-COLA.. HUHUHUHU

Najib Tun Razak semalam terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan. Dia meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.


Najib berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini. “Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.
 
.... badut negara sungguh....

Ulasan

Catatan Popular