Surat Che Det :Makin terselah hubungan baik dengan israel

Tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel adalah bukti pengiktirafan kerajaan BN terhadap negara rejim Yahudi itu, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONE“Jika tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, mengapa perlu menghantar surat rasmi kepada negara Yahudi tersebut?

“Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel merupakan satu pengiktirafan terhadap negara haram Yahudi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada tiga perdana menteri Israel.

Surat berkenaan ialah:
  
i) Surat daripada Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993;
  
ii) Surat dari Dr Mahathir kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan

iii) Surat daripada Dr Mahathir kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.
   
NONEJusteru, kata Tuan Ibrahim, pendedahan itu sebenarnya melondehkan hipokrisi dan penipuan Umno terhadap rakyat bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel.

Katanya, persoalan pengiktirafan terhadap Israel menjadi topik utama apabila beberapa buah negara Islam membantah perjanjian Kem David kerana perjanjian tersebut merupakan satu pengiktirafan kerajaan Mesir kepada negara Yahudi tersebut.

“Walaupun dunia menyedari bahawa wujudnya kerajaan haram Israel, namun apa yang penting menonjol dalam pendedahan surat-surat tersebut ialah kerajaan Malaysia seolah-olah mengakui negara haram ini yang dirampas oleh pendatang haram Israel, dan memaksa rakyatnya menjadi pelarian ini sebagai satu negara yang sah,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Menurut beliau, melalui surat yang dihantar oleh Dr Mahathir dan urus-dagang antara Malaysia dan Israel yang terus berjalan seperti yang didedahkan, secara langsung menyinsingkan muka kepura-puraan kerajaan dan sikap berbohongnya terhadap rakyat dalam isu hubungan negara dengan Israel selama ini.

azlan“Mana mungkin seseorang Perdana Menteri boleh menghantar surat kepada Perdana Menteri Israel kalau tidak mengiktiraf negara tersebut.

“Jawatan yang dipegang kerana adanya negara, maka secara simboliknya penghantaran surat tersebut jelas ialah satu pengiktirafan,” katanya lagi.

Ulasan

  1. ada hikmah la anwar dituduh iktiraf israel.. skrg tebelang dia pecah.... nak kenekan orang.. alih2 dia terkena... padan muka

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular