SIAPA 39% MELAYU YANG NAK TENGOK NAJIB KALAHKAN ANWAR

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan hanya 39 peratus masyarakat Melayu - yang merupakan kumpulan majoriti pengundi - berusia 60 tahun ke atas mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menewaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dalam debat.

Semetara, majoriti 54 peratus pengundi mahu melihat debat antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim, dengan lebih separuh daripada generasi muda menyokong debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) itu.
"Terdapat juga pihak yang mempertikaikan tindakan debat itu bukan 'satu keperluan' dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita', hasil kaji selidik berkenaan menyatakan debat itu akan menyaksikan 62 peratus pengundi akan mengubah fikiran bagi mereka yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipilih, menyokong debat berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Centre hari ini.

Daripada 1.022 pengundi berdaftar bagi kaji selidik nerkenaan yang dibuat antara 10 dan 23 Febuari, 59 peratus merupakan bangsa Melayu, 32 peratus Cina, dan sembilan peratus berbangsa India.

Ulasan

Catatan Popular