SHEIKH AHMAD YASSIN MENYELAK LEMBARAN QURAN DENGAN LIDAHNYA


Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin – bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.


Apa yang hebat semasa hayatnya adalah beliau merupakan seorang yang tidak pernah meningglkan solat berjamaah walau dalam apa keadaan sekalipun. Dan selepas solat beliau akan membaca Al-Quran dan anakandanya Sheikh Abdul Ghani akan menyelak lembaran demi lembaran Al-Quran untuk dibaca oleh ayahnya. Menurut anaknya, Sheikh Abdul Ghani pernah suatu hari dia tertidur kerana terlalu mengantuk ketika sedang ayahnya sedang membaca Al-Quran dan ketika dia tersedar didapati ayahnya, Sheikh Ahmad Yassin masih meneruskan bacaan Al-Quran dengan menyelak Al-Quran menggunakan lidah dan giginya. Subhanallah.


Pada tanggal 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin dimana Sheikh Ahmad Yassin telah gugur syahid.

Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel. Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.

Semoga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)

Ulasan

Catatan Popular