21 Mac 2012

SAPA2 NAK BUAT KENDURI... HATI-HATI MUNGKIN TIME TU PRU13
abu nu'man21 Mac 2012 1 Komentar

Najib Altantuyya terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan sama ada cuti sekolah bulan Jun atau selepas itu menjadikan negara dalam keadaan caca merba.. rakyat dlm keadaan bingung...
Bayangkan rakyat yang sudah merancang sekian lama dengan jadual mereka yang pelbagai itu, seperti mengadakan kenduri kahwin pasti jemputan akan kurang atau kenduri sendiri terpaksa ditukar dengan bertukarnya kad jemputan kahwin ataupun tarikh akad nikah itu sendiri dipinda memandangkan Tok Kadi terpaksa menjadi PACA semasa PRU nanti.

Manakala yang telah menempah tiket penerbangan menunaikan umrah atau haji, atau bercuti didalam negara atau ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, perniagaan dan lain-lain lagi, tiba-tiba terpaksa membatalkannya saat akhir untuk menyertai pilihanraya di negara ini.... segala tempahan mungkin dibatalkan!!!

Berapa kos kerugian rakyat yang terpaksa membatalkan segala aktiviti mereka kerana pilihanraya mengejut.

Najib tidak sedar bahawa rakyat Malaysia mempunyai jadual hidup mereka sendiri. Kehidupan rakyat bukan seperti kehidupan Perdana Menteri yang serba serbi diuruskan oleh pembantu-pembantu beliau. Rakyat tidak boleh hanya tunggu di depan kaca TV menanti tarikh pembubaran parlimen untuk mengisi jadual mereka. Mereka ada keluarga, ada kehidupan, ada kerjaya, peniagaan, pelajaran dan lain-lain lagi.
Tidakkah dengan merahsiakan tarikh pilihanraya menjadikan negara dalam keadaan caca merba. Jadual hidup rakyat akan bercempera dengan sikap beliau begitu bodoh.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.