22 Mac 2012

PR HANYA PERLU MENANG 100 KERUSI PARLIMEN
abu nu'man22 Mac 2012 0 Komentar

Lim Guan Eng percaya  Pakatan Rakyat (PR) hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan musnah".

Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.

"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.

"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas dengan The Malaysian Insider minggu ini.

Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada Mac 2008.

"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza," jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80 daripada 166 kerusi.

Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah  sejak kemerdekaan.

Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli Parlimen keluar BN.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.