PANAS!!! KALI INI CHE DET HINA SAHIH BUKHARI & PEMILIKNYA

http://mahathir-mohamad.blogspot.com/

1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.

2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :

i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).

vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
chedet

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 
... manakala ini adalah surat Sdr Hilal Asyraf buat Che Det
 
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.



Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.


Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.

Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara ‘Islam’ untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.


Kita ketepikan dahulu persoalan ‘Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan’. Sebab nampaknya, persoalan ‘Apakah Hudud Itu Daripada Allah’ pun tidak diketahui rupanya.


Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?


Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya ‘budak Usul’, atau ‘budak akar’ di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.


Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang “Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama’ Fiqah?”. Saya tidak layak untuk membahaskan “Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud.” Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.


Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama’.


Ini hukum mencuri:


“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.


Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:


Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!”


Kemudian hukum zina pula:


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Surah An-Nur ayat 2.


Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:


“Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.


Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.


Kemudian hukum murtad pula:


“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.


Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik” Surah An-Nur ayat 4.


Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.


Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.


Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.


Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.


Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?


Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.


Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.


Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama’ yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.


Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.


Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.


Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.


Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama’-ulama’ Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.


Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.


Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.


Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: ”Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir.” Sebenarnyalah.


"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. “ Surah Al-Maidah ayat 44.


“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 45.


“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.


Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.


Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.


Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.


Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.


Sampai di sini sahaja nota do’if saya.


Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.


Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.


Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.

~ Seorang hamba,

Hilal Asyraf

Ulasan

  1. dia ingat imam bukhari tue macam tukang masak nasik bukhari..giler dah org tua ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum,saya rasa anda pandai berkata-kata dan menjelas tentang hukum hukum Allah,tapi sayang semua orang dan penyokong pas hanya tahu cakap tentang hudud,tapi sayang semua nya hanya pandai cakap aja,sabagai sa-orang muslim kita tak boleh mengaibkan se-orang itu apa-kah lagi sesama muslim dan hukum nya suka menfitnah orang ,kalau nak ikut hukum dalam islam sa-orang suami harus bekerja dan melindungi isteri dan anak anak dan tak boleh makan hasil titik peluh sa-orang isteri ,ini tidak isteri bekerja bertungkus-lumus dia duduk kat warong bersembang dengan kawan-kawan dan apa-kah di-dalam ajaran islam kita di-suruh menjulang orang kafir dan mengangkat darjat nya tinggi tinggi dan ikut terlunjuknya menjatuhkan kepimpinan orang islam itu sendiri.kalau sholat berbeza-beza orang-2 Pas mesti ikut imam Pas tak boleh ikut Imam umno,begitu juga dengan fardu khifayah pun begitu berbeza-beza,sa-bagai sa-orang muslim kita sa-patut nya bersatu padu,saya rasa kelakar lah dengan sikap pemimpin PAS ,ingat setiap hukum hukum Allah yang telah di wahyu pada Rasulullah dan di sampai dan di-ajar pada umat nya jangan lah kita pandai pandai memutar belit kan nya,berdamai kita sesama islam dan perangi lah musuh musuh islam ia-itu kafir lakhanat

      Padam
  2. Mamak tu itu rasanya pencuri, dia juga adalah pemfitnah, malah ada kalanya seperti telah murtad. Jadi mana mungkin pencuri, pemfitnah dan yang terkeluar Islamnya menyokong hudud. Sebenarnya dia bimbang tangannya dipotong, dan belakang disebat 80 sebatan kerana pernah membuat fitnah zina, malah dia bimbang lehernya. Lebih malu semua hukuman itu akan diadakan di khalayak ramai, mungkin LIVE ke seluruh dunia. Kesian padanya? Sorry, jika benar dia bersalah kerana mencuri, maka potonglah tangan si mamak tua ini, jika dia memfitnah maka sebatlah dia dengan 80 sebatan, jika dia benar-benar telah murtad maka tebaslah lehernya (namun dilakukan dengan kekuasaan pihak pemerintah)... itulah hukuman yang seadil-adilnya di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  3. Dia percaya israk dan mikraj tak? Peristiwa ini tak tercapai akal walau sepandai mana pun manusia itu. Kalau dia boleh percaya israk dan mikraj berlaku seperti yang disebut didalam al-quran,macam mana hukum-hukum yang ada didalam al-quran ditolak.Mana boleh ambil separuh-separuh.

    BalasPadam
  4. DULU2 DIA PANDAI LA KOT...SEBAB BAPAP KEMODENAN LA KATAKAN..TAPI LA NI..KEBODOHAN DIA DAH MAKIN NAMPAK..TAPI TULA...RAKYAT PUN LAGI 2 KALI BODOH DARI DIA..NAK UAT CAMNA..

    BalasPadam
  5. Hukum hudud mencuri potong tangan hanya boleh di laksanakan jika nilai barang yang di curi melebihi nilai suku dinar - tak boleh guna wang kertas yang tak bernilai untuk jalankan hukum hudud

    BalasPadam
  6. saya mendoakan mantan piem ni kembali kerahmatullah dengan segera.secara ini beliau terhenti membuat fitnah terhadap manusia lebih lagi terhadap hukum allah swt.kalau hendak dilentur beliau sudah pun tahap rebong tua,kalau hendak dinasehatkan telah berbueh bueh ulama memberi nasehat.kalau dikatakan beliau nyanyuk,tidaklah pulak.makin ditegur makin mengada ngada pulak dia berfatwa.lebih baiklah doakan saja beliau kembali segera kealam barzakh dan berbicaralah dengan kehebatan ilmu beliau dengan yang maha agong lagi hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalamualaikum

      Nabi Muhammad Sallallahu-Alaihi-Wasallam selama hayat menyebarkan Islam tidak pernah mengeluh kerana segelintir orang tidak menyambut nikmat Islam yang Baginda sebarkan. Baginda tidak bercerita buruk sesuatu orang atau kaum kepada kalangan sahabat baginda dibelakang orang atau kaum tersebut. Saya ingin melihat orang-orang seperti tuan-tuan yang bersemangat untuk Islam berkata baik dan bersangka baik dibelakang orang yang tidak sefikiran dan mengemukakan hujah berserta dalil dari akal yang jernih dan menahan diri dari mengeluarkan kenyataan merendah peribadi atau mendoakan musibah. sekian Wassalam. - Wan Khairul Anuar

      Padam
  7. kalu wang kertas tak bernilai... camne kau nak beli barang hari ini?... gaji kau dibayar dengan ape? ulama dah berijtihat diharuskan/ boleh gunakan mata wang kertas untuk akad urus niaga.. sah dari segi syarak....kalu takde nilai aqad tak berlaku la... haramle urus niaga itu macam guna najis untuk beli barang... itulah akibat bodoh tak bertempat macam che det...

    BalasPadam
  8. Tun M belajar agama islam dengan ulama dan tuan guru yang diragui keikhlasannya. Moga Tun M mencari guru agama yang ikhlas kerana Alllah swt

    BalasPadam
  9. orang muslim sejati akan mendoakan perkara yang baik-baik buat saudara seagamanya.

    BalasPadam
  10. baik ko doakan bapa ko mati kan baik. apa punya Islam doakan org mati. ko sama macam kafir

    BalasPadam
  11. kita banyak suka berburuk sangka. sedangkan ada kalanya kita leka dan lalai akibat kerakusan atau keegoan kita. bukan nak sokong mana2 pihak, tetapi ada benarnya kata-kata mantan PM itu.

    bukan niat beliau nak pertikaikan al-bukhari, tetapi al-bukhari itu juga manuasia biasa yang tidak akan terlepas membuat kesalahan.

    didalam islam (dalam Al-Quran) kita diajar banyak perkara, cuma antara sedar atau tidak kita ini, yang kita sendiri kurang fasih dan mengetahui makna2 al-quran. lalu kita menganggap apa yang kita tahu itu adalah kebenaran.

    cuba kita pertikaikan seketika mengenai kata-kata Nik Aziz tentang banyak perkara yang telah benyak mengelirukan umat islam...(tak perlu saya nyatakan disini)... maka ramai yang akan mempertahankan beliau kerana apa? adakah kerana dia seorang yang terlalu warak? alim? beragama lebih dari Mantan PM?

    disini pun kita lupa, syurga dan neraka hanya milik Allah. Allah yang mengetahui kita kan dimasukkan kemana? adakah kita yakin orang yang kita anggap alim akan terus dimasukkan ke syurga? dan orang yang kita anggap jahil itu akan terus dimasukkan ke neraka?

    errr....tepuk dada tanya ilmu didada...lihatlah komen2 saudara2 diatas ini. saya mohon maaf kerana saudara tidak mahu menggunakan akal untuk berbicara dan cuba memahami apa yang cuba diterangkan olah mantan PM

    BalasPadam
  12. iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

    cuba kita faham apa yang cuba diterangkan oleh mantan PM? bukan
    maksud beliau yang beliau tolah al-bukhari atau muslim atau tarmizi....cuma beliau menyuruh kita berfikir seketika....adakah didalam al-quran kita disuruh mentaati penafsir2 seperti diatas?... itu yang dimaksudkan oleh mantan PM. kemudian beliau sambung dengan soalan dibawah ini...


    v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

    cuba kita renungkan seketika persoalan mantan Pm ini. Apakah ingatan
    manusia lebih tepat dan kekal dari catatan ALLAH??

    BalasPadam
  13. salam....
    saya baru terbawa surat jawapan dari mantan PM kepada saudara hilal. jadi disini saya sertakan untuk bacaan kita agar kita sama-sama mengambil ikhtiar dan pengajaran tentang isu ini...

    (http://mahathir-mohamad.blogspot.com/2012/04/jawapan-kepada-hilal.html)


    JAWAPAN KEPADA HILAL
    As posted by Dr. Mahathir Mohamad at Che Det on April 02, 2012

    1. Saya ucap terima kasih kepada Hilal Asyraf kerana menjawab dengan panjang lebar soalan-soalan saya.

    2. Sebenarnya saya membuat soalan-soalan kerana ingin mendapat pengesahan berkenaan reaksi terhadap apa yang telah diucapkan oleh saya berkenaan hudud.

    3. Jawapan Hilal mengesahkan apa yang saya syaki, iaitu Hilal dan mungkin ramai orang Islam lain berpendapat bahawa wahyu Allah s.w.t. seperti yang terdapat dalam Al-Quran adalah setaraf dengan Hadith sohih Bukhari, iaitu kesahihan yang dibuat oleh manusia biasa walaupun pakar dalam bidang Hadith.

    4. Lebih teruk lagi ialah pendapat bahawa ada ayat Al-Quran yang sudah dimansuh tetapi masih boleh dibaca iaitu baca tanpa terima.

    5. Tidak pula disebut ayat yang mana yang telah dimansuh. Apakah yang dimansuh ini ialah ayat yang bertentangan dengan Hadith yang dikatakan sohih?

    6. Berkenaan dengan Surah An-Nur, Ayat 2, (ayat yang terang dan jelas iaitu ayat Mukhamat) dan saya perturunkannya disini; “Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

    7. Bandingkan “hukum sebat seratus kali” dengan “orang itu direjam” dalam Hadith sohih riwayat Bukhari (Dari Jabir bin Abdullah Al Ansar RA).

    8. Bolehkah disamakan hukum sebat dan hukum rejam (iaitu hukum bunuh)? Siapa pun yang berfikiran waras akan berkata hukum-hukum ini amat berbeza. Justeru itu dakwaan Hilal seperti berikut, “Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith”, memberi gambaran seolah-olah hukum dalam Al-Quran iaitu “sebat” adalah sama dengan hukum rejam dalam Hadith.” Pemikiran yang waras tidak mungkin mengaku yang sebat dengan bunuh adalah sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4. Tun perlu luangkan lebih masa belajar tentang agama islam..Al Quran dan Al Hadith...jangan buat tafsiran tanpa memahami sesuatu...ayat alquran adalah didikan Allah kepada manusia sesuai dengan kefahaman dan kemampuan umat manusia pada zaman Rasulullah...dan menunjukkan hikmah serta sempurnanya cara didikan Allah pada kita
      TIDAK ADA SATU PUN ayat AlQuran dimansuhkan dari Alquran....masyaAllah bodohnya Tun.
      Pemansuhan adalah dari segi hukum dan pelaksanaannya sahaja.....contohnya ayat untuk mengharamkan arak ...belajar Tun....belajar.

      Padam
  14. sambungan...

    9. Memanglah Bukhari membuat kajian mendalam mengikut syarat-syarat yang Bukhari sendiri mengenakan kepada dirinya. Memang pun Hadith sohih Bukhari yang tidak bertentangan dengan ayat Al-Quran boleh diterima sebagai sohih.

    10. Yang menimbul masalah ialah apabila sohih Bukhari tidak sama dengan wahyu Allah s.w.t. dalam Al-Quran – umpamanya Surah An-Nur, Ayat 2.

    11. Hanya dengan berkata tidak ada percanggahan antara Hadith yang sohih dengan ayat-ayat Al-Quran bermakna menafi kenyataan. Percanggahan memang ada seperti yang disebut diatas.

    12. Jawapan, “Sekiranya kita menjumpai ta’arudh (perlanggaran, percanggahan) ini, di antara Hadith yang sohih dengan ayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji semula apakah sebabnya. Dan biasanya, percanggahan itu bukanlah percanggahan, tetapi diantaranya disebabkan (mengikut surat kedua Hilal):

    (a) “Silap dalam periwayatan Hadith”

    (b) “Ayat Al-Quran itu sudah dinasakh (mansuh) hukumnya, tetapi tidak dinasakh (mansuh) bacaannya”

    (c) “Atau Rasullah s.a.w. melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan”

    Mengikut pendapat ini “silap periwayatan Hadith” lebih mudah diterima kerana daripada 600,000 hadith kebanyakannya lemah dan tidak sohih, daripada mendakwa “ayat Al-Quran itu sudah dimansuh” sesuatu yang amat bercanggah dengan penerimaan oleh orang Islam bahawa Al-Quran itu mengumpul semua wahyu Allah s.w.t. yang disampaikan kepada Rasulnya, Muhammad s.a.w. untuk umat manusia.

    13. Hilal sendiri mencatit, “Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran hukumnya adalah kafir”. Surah Al-Maidah, Ayat 44 berbunyi “Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu, dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga sedikit, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang kafir. Tidak pula disebut di mana-mana “tidak menghukum mengikut Hadith adalah kafir.”

    BalasPadam
  15. sambungan...

    14. Memansuhkan ayat Al-Quran samalah dengan menolak ayat Al-Quran dan hukumannya juga tentulah kafir. Siapakah yang memansuhkan ayat Al-Quran dan ayat yang mana yang dimansuhkan? Tidak ada bukti yang Nabi yang memansuhkannya. Jika sebelum diterima wahyu, Rasullah s.a.w. melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, apakah apabila kemudian Nabi Muhammad menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi akan menolak wahyu dan mengekalkan pendapatnya yang terdahulu?

    15. Bolehkah kita terima bahawa Rasulah s.a.w. ingkar dan menolak wahyu dari Allah s.w.t.? Ini tidak masuk akal dan tidak disebut di mana-mana.

    16. Tidak mungkin Hadith disamakan dengan wahyu Allah s.w.t. Hadith bergantung kepada periwayatan, penilaian/kajian oleh manusia biasa sedangkan wahyu Allah oleh Rasullah s.a.w. untuk umat manusia.

    17. Manusia terdedah kepada berbagai-bagai kelemahan dan kesilapan. Nabi Muhammad adalah Rasul dan Baginda tidaklah seperti manusia biasa dengan kelemahan-kelemahan mereka.

    18. Umat Islam sekarang ini berada dalam keadaan yang buruk dan terhina. Negara mereka diserang, dilanda dan dihancurkan. Ratusan ribu orang Islam dibunuh, diseksa, ditawan; sekatan makanan dan ubat-ubatan menyebabkan beribu-ribu kanak-kanak dan orang tua mati. Agama Islam dicemuh, dikatakan agama pengganas yang dibawa oleh Nabi yang dikatakan ketua pengganas dan bermacam lagi.

    19. Al-Quran berkata segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t. dan segala yang buruk datangnya dari kita sendiri.

    20. Bagi saya adalah jelas keburukan yang menimpa umat Islam adalah kerana perbuatan kita sendiri.

    21. Untuk mengenalpasti apa yang salah yang dilakukan oleh umat Islam, saya membaca Al-Quran untuk mendapat panduan darinya. Dan saya dapati sungguh banyak daripada ajaran dan panduan yang terdapat dalam Al-Quran tidak diamalkan oleh kita. Ada juga yang ditolak oleh kita untuk mematuhi ajaran daripada punca lain.

    22. Apabila sahaja datang orang yang pandai bercakap maka kita mengikuti mereka. Sebab itu ada Ashaari dan Ayah Pin. Dan banyak pula tarikat diadakan yang tidak menepati ajaran Islam.

    23. Dan ramai juga yang lebih percaya kepada punca ajaran yang tidak dari Al-Quran, bahkan bertentangan dengan Islam.

    24. Sebaliknya kita tahu Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Dan sesungguhnya terdapat panduan yang jelas dalam Al-Quran berkenaan cara hidup bagi orang Islam. Dan jika cara hidup ini diamalkan maka tetap orang Islam akan berjaya, akan terpelihara daripada keburukan yang disebut tadi.

    25. Tafsiran ajaran Islam yang berbeza-beza, mengutamakan Hadith lebih dari Al-Quran, fatwa yang dibuat yang tidak membantu umat Islam, dan kesediaan mengikut nafsu dan tidak akal fikiran, ghairah untuk menunjuk-nunjuk betapa kuatnya ke-Islaman kita – semua ini menyumbang kepada keburukan yang menimpa umat Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak perkara yang Tun tak tau pasal agama.......

      Banyak yang Tun ulas berdasarkan akal tanpa ilmu....

      Inikah Tun Mahadhir yang saya kenal?...legasi kepimpinan Malaysia!!!....

      Tun mengkritik apa yang dah Tun laksanakan selama ini...

      Sekiranya tidak arif tentang sesuatu perkara mintalah pandangan dari orang yang lebih mengetahui....tafsiran akal membuatkan kita lebih sesat lagi menyesatkan.....naauzubillah.

      Padam
  16. sambungan akhir...

    26. Sesungguhnya umat Islamlah yang bersalah, terutama kerana membelakangkan wahyu Allah s.w.t. dalam Al-Quran. Selagi kita tidak mengaku kesalahan kita, selagi kita tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu yang didapati dalam Al-Quran serta Hadith sohih dan fatwa-fatwa yang tidak bertentangan dengan Al-Quran, selama itulah kita akan berada dalam keadaan terhina dan tertindas.

    27. Saya akui ada hukum potong tangan sipencuri. Tetapi pelaksanaannya mestilah mengambil kira keadaan. Jika kita tidak dapat laksanakan hukum ini kepada semua kerana perbezaan agama dan kemungkinan huru-hara berlaku, adalah lebih baik kita tidak laksanakan hukum ini keatas orang Islam sahaja sehingga berlaku ketidakadilan.

    28. Saya tidak berkata orang Melayu banyak yang mencuri tetapi hakikatnya jumlah mereka yang mencuri di negara ini lebih ramai daripada orang bukan Islam. Hukuman yang berbeza antara rakyat sebuah negara tetap akan memperlihatkan ramai orang Melayu yang kudong tangan sementara orang bukan Islam kena dua bulan penjara. Adilkah ini?

    29. Hukum bunuh orang yang murtad adalah juga dari Hadith. Hukum ini bukan dari Al-Quran.

    Hudud

    30. Dalam Quran hudud diterjemah dengan perkataan “had” atau dalam Bahasa Inggeris “limit”. Had bermakna “setakat itu” tidak boleh lebih daripada itu.

    31. Hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran adalah hukum yang maksimum, yang tertinggi yang boleh dikenakan. Ini bermakna hukum yang kurang daripada yang tertinggi juga boleh dikenakan.

    32. Tetapi kita asyik dengan nafsu yang ingin menunjuk-nunjuk betapa kerasnya pegangan kita kepada agama Islam. Justeru itu kita tafsir hudud bermakna yang tertinggi sekali daripada hukuman yang mungkin dijatuhkan mestilah dikenakan setiap kali.

    33. Al-Quran dan agama Islam memberi banyak kelonggaran kepada pengamalan agama kita. Islam bukan diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi beban kepada penganutnya.

    34. Tetapi ramai daripada kita suka jika Islam menjadi beban yang berat supaya pengamal ajaran Islam dapat buktikan betapa kuatnya pegangan mereka kepada agama Islam. Kita suka jika kita didera sepanjang masa supaya dapat kita tunjuk betapa kuatnya iman kita. Kerana inilah wujud puak-puak yang keterlaluan dalam pengamalan agama mereka yang sering berkata orang lain kurang Islam atau tidak Islam. Dengan ini perpecahan berlaku di kalangan umat Islam sehingga mereka menjadi lemah dan mudah diperkosa oleh orang lain.

    35. Ya. Saya bukan ulama. Saya tidak fasih dalam Bahasa Arab. Saya tidak terlatih seperti orang yang tidak senang dengan penjelasan saya, terlatih dan berijazah. Tetapi sebagai seorang orang Islam yang sedih dan perihatin terhadap nasib yang menimpa orang Islam saya berhak mencuba mengenalpasti sebab-sebab malapetaka menimpa kita.

    36. Al-Quran juga berkata Allah SWT tidak akan mengubah nasib buruk kita sehingga kita berusaha mengubah nasib kita sendiri. Mengenalpasti sebab-sebab nasib kita menjadi buruk adalah usaha awalan untuk memperbaikinya.

    37. Insyaallah, Tuhan tidak akan menghampa usaha dan harapan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus sekali pemikiran Tun....tak sangka semakin tua semakin mendekatkan diri pada islam.....teruskan mendalami islam insyaAllah...suatu hari sebelum ajal tiba...tun adalah orang yang paling lantang mempertahankan ajaran islam...setelah melihat sendiri hasil legasi tun semasa menjadi PM dahulu...semasa kita ada kuasa...perintah Allah kita tak laksanakan maka itulah punca atau sebab-sebab malapetaka menimpa kita....TGNA selalu berdoa semoga Tun dipanjangkan umur supaya dapat menyaksikan sendiri hasil kecacamarbaan semasa pemerintahan Tun dahulu.

      Ubahlah yang mana patut selagi usia dikandung badan.

      Pemikiran manusia ada tahapnya dan semuanya adalah anugerah Allah. Beruntunglah sesiapa yang bersyukur dengan kurniaanNya dan memgunakannya di atas jalan kebenaran.

      Al quran adalah sumber rujukan utama ....diterangkan oleh hadith...dan diperkukuhkan oleh ijma' ulama...

      Kalau Tun mempersoalkan Bukhari sebagai periwayat hadis maka bagi saya Tun perlu belajar dahulu bagaimana kesahihan hadis itu diriwayatkan.

      Sebab itulah banyak hadith yang doif di tolak oleh imam Al Bukhari.

      Keciciran maklumat sepanjang 200 tahun adalah sesuatu yang pasti sebab itulah kesahihannya dipertikai oleh imam Bukhari...jadi sebenarnya apa masalah Tun di sini.

      Ingatan kita ada yang kekal dan ada yang sementara....kalau istiqamah iaitu diamalkan secara berterusan fasa ingatan sementara akan memasuki fasa ingatan kekal...dan inilah yang diamalkan oleh para sahabat...tabi tabiin...sehingga setiap hadith boleh diingati...tak kiralah walau 1000 tahun sekali pun.

      Apa yang Tun nak sebenarnya ni....dulu Tun pernah buat kecoh tapi bila dapat 'Tun' maka diamlah seketika.....

      Setiap kali Tun kecoh maka memang ada udang sebalik mi

      Orang memang dah masak dengan politik Tun.

      Padam
  17. INVESTIGATE 911: OPEN LETTER TO THE KL WAR CRIMES COMMISSION
    Dear Tun Dr. Mahathir bin Mohamad,
    It is with great respect and admiration that I send this open letter, commending you for your valiant efforts toward the recent prosecution of former Bush administration officials who are guilty of war crimes for their endorsement and use of torture. In these trying times, it is clear that International Criminal Court operates with a mandate of selective justice, and is wholly unwilling to acknowledge the crimes committed by the United States of America and the former colonial powers. It is for that reason that the actions taken by the Kuala Lumpur War Crimes Commission are so significant and groundbreaking. While some may criticize the commission because it has not been recognized by the United Nations and cannot impose legal sentences, the court operates within the framework of international law and its findings can be used to guide future investigations into these matters.

    BalasPadam
  18. As Chairman of the Kuala Lumpur War Crimes Commission, I implore your organization to investigate one of the most significant events in modern history, and that is the destruction of the World Trade Centre on September 11th, 2001. At just eleven years old, I witnessed the demise of World Trade Centre towers and the subsequent issuance of aggressive foreign and domestic policy in the United States. Since emerging from the trauma and pain caused by the events of September 11th, scientific forensic evidence has brought forward numerous inconsistencies disproving the official account of events. There is no precedent for steel framed high-rise buildings to collapse from fire, the World Trade Centre Twin Towers and Building 7 are the only buildings in history to have ever collapsed due to excessive heat from office fires.

    BalasPadam
  19. In the irregular rapid onset of destruction, the Twin Towers exhibited nearly free fall acceleration through the path of greatest resistance, while multi-ton steel sections ejected laterally, indicating an explosion from within the building. While over one hundred first responders reported witnessing explosions and flashes, isolated explosive injections can be seen 20-40 stories below the demolition front when viewing footage of the collapse. 90,000 tons of concrete, metal decking, and steel frames were completely pulverized. The New York City Fire Department would discover several tons of molten metal in the debris. Evidence of melted steel is documented in reports issued by the Federal Emergency Management Agency (FEMA). How were office fires measured at 1400°F able to produce 2700+°F molten metal? Furthermore, Building 7 was 47-story skyscraper and a plane did not hit it. It suffered small pockets of short-lived fires – and yet, it completely collapsed in less than seven seconds at near free-fall acceleration.
    The walls of Building 7 collapsed inwards, an unmistakable sign of controlled demolition, leaving no portion of the building left standing. I would like to bring to your attention a peer-reviewed study issued by The Open Chemical Physics Journal in 2009 titled, “Active Thermitic Material Discovered in Dust from the 9/11 World Trade Center Catastrophe.” Scientists concluded that microspheres formed from molten iron and unignited explosive thermitic chips were indeed present in the dust samples produced by the destruction of the World Trade Centre. You may be familiar with the organization, Architects & Engineers for 9/11 Truth, a non-partisan association consisting of over 1,600 architects and engineers who support a new investigation into the events of September 11th, 2001. For further insight into their findings, I would like to recommend two of their studies, “29 Structural/Civil Engineers Cite Evidence for Controlled Explosive Demolition in Destruction of All 3 WTC High-Rises on 9/11” and “The NIST Analyses: A Close Look at WTC 7.”
    The work of these brave and admirable architects and engineers provides us with undeniable validation to investigate their findings and ask difficult questions. While some resort to slander and demonization of those who question the official version of events, is it not entirely warranted to fully investigate an issue of such momentous importance when credible individuals publish such reports? It is clear that the destruction of these buildings were meticulously pre-planned events, using new and long established techniques of controlled demolition. It is the responsibility of those who stand for justice and international law to ask those difficult questions, and prosecute those responsible for these heinous acts of killing and wanton destruction. Once more Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, I implore you as Chairman of the Kuala Lumpur War Crimes Commission to conduct a new investigation into the destruction of the World Trade Centre on September 11th, 2001 on behalf of all that suffered and lost loved ones on that terrible day, and the thousands who have been killed in belligerent wars fought in retaliation of this contrived act of terrorism. Thank you for all you have done for the people of Malaysia and the world.
    Nile Bowie
    Kuala Lumpur
    July 2nd, 2012

    BalasPadam
  20. wahai umat malaysia...asik nk blame pemimpin jer...pikir kn sndri la...knapa smp hari ini,alhamdulillah MALAYSIA kekal aman walaupun banyak percubaan nk menghancurkannya....aku tak suka orang yang duduk dan bermastautin kat MALAYSIA ni bersekongkol sama nak menghancur kan tanah air ni...kekalkan apa yang ada dan improve lebih baik...saya pilih mengundi..

    BalasPadam
  21. Assallam,Harapan saya pembaca artikel ini faham apa yg TDM nak sampaikan.Saya berpendapat saudara Hilal tak faham apa yg tersirat dalam pandangan TDM,Kebolehan berfikir yg ALLAH SWT berikan pada TDM tak dapat ditandingi oleh Hilal.Kita telah lama terikut2 berfikiran secara ikut2 sahaja, itulah bila TDM mengeluarkan pendapat kita nak menuduh beliau yg tak sepatutnya bagi seorang yg mempunyai fikiran yg bernas ya Allah telah kurniakan pada Beliau.Nasihat saya pada yang mengaku sudah mahir dalam Islam berfikirlah masak2 JANGAN MENJATUHKAH HUKUM MENGIKUT NAFSU JEEE.


    BalasPadam
  22. cuba fahamkan betul2 maksud ucapan, pendapat dan pandangan Tun ...

    BalasPadam
  23. Cuba faham maksud Tun M.. Tak menyimpang dan tepat.. Yg maksom hanya Rasul junjungan kita shj.. Yg lainya walau pn siapa dia hanyalah manusia biasa yg ada salah n silapnya.. Walaupn sedikit.. Jgnkn krna org itu tidak memakai serban n brjubah maka ianya tidak alim.. Jgn trlalu taksub kpd manusia..

    BalasPadam
  24. Saudara Hilal,

    Dari catatan yang saudara buat, saya merasakan saudara tidak menjawab setiap persoalan Tun dengan baik malah mengelirukan dan memeningkan pemikiran saya. Sepatutnya pembelajaran yang saudara rasakan hebat bagi diri saudara digunakan dengan cara yang betul, baik dan jelas supaya tidak timbul sesuatu yang boleh mengeruhkan dan mengelirukan keadaan. Sayang seribu kali sayang...wassalam

    BalasPadam
  25. akhir zaman ini ternyata manusia terlalu taksub pd makhluk, pd akal,pada emosi, pd nafsu, idea, fikiran yg mereka jadikan tuhan berbanding mengenal apa allah & siapa allah. mereka lebih percaya yaani beriman pada zahiriah, pada serban, pd jubbah, kitab, pd janggut misai, pd manusia2 yg mereka angkat sebagai tuhan yg mereka sembah sedgkan allah yg menjadi kan mereka tidak mereka kenali? tidak kah Muhammad itu di ajar, di pimpin di pandu oleh Allah & Tidak di pandu, tidak di pimpin oleh mana2 guru atau kitab?
    Jika kita kenal Allah mengapa tidak kita belajar direct dgn Allah & bukan dgn kitab, buku & selain Allah?

    BalasPadam
  26. Tun Mahathir memang tidak pernah berkata bahawa beliau benar di sisi Allah berbanding org2 lain yg begitu, riyak, sombong, takbur & penuh dgn sifat2 yg di benci Allah Yg mengaku kunun mereka lah org2 yg beriman & ahli syuga? kunun nya ulama?..bukan Allah yg iktiraf mereka tetapi samaada mereka sendiri yg iktiraf atau manusia2 yg syirik yg membesarkan mereka2 ini yg iktiraf sedemikian?

    BalasPadam
  27. Allah Kata Allah Tak Telek Lain, Tak Telak Zahir dll. Allah hanya telek Hati kita?

    BalasPadam
  28. ”... maka bertawakal lah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika ALLAH menolong kamu, maka tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah ALLAH (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada ALLAH jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

    BalasPadam
  29. "afalaa ya'qiluun" (apakah mereka tiada akal?)

    BalasPadam
  30. apa beza tun M yg semua org kata dia salah sbb tolak hudud dgn PAS yg janji nak laksana hudud tapi sampai hari ni jadi munafik tegar n x penah pun laksana apa2, setakat janji kosong, janji manis utk raih undi atau bertopeng konon islamik?

    BalasPadam
  31. salamun alaikum!

    mana peginya sedare USULUDIN budak MELAYU MALAYSIA yang ngaji jauh kat jordan tu?
    ape namanya.......hilal asyraf from langitilahi?
    awat chek tak jawab??????? awat ustaz chek tak ajar ka macam mana cara nak berhujah? ustaz chek tak ajar ka macam mana nak berhadapan dengan orang yang lebih tua?
    inilah salah satu bukti yang menunjukkan untuk belajar tidak perlulah kita pi ngaji jauh jauh, tambah pula orang melayu yang mudah lupa.
    inikah caranya orang orang usuludin???????
    BUKANKAH yang akan memegang PANJI PANJI HITAM ITU ORANGNYA BERTUBUH KECIL? dan sudah pasti bukannya mai dari arab atau jordan.
    yang saya hormati TOK WAN DET, saya jangka orang yang pegang PANJI HITAM itu orang MELAYU MALAYSIA kita, apa kata TOK WAN DET pula?

    BalasPadam
  32. salam..benar..sedara zulhishamz..
    yg memegang panji hitam tu pun x pernah mengaku dia memegang panji hitam. dia lawan yahudi dah lama. dia memerintah 22 tahun.dia drp Negara yg waktu satu dunia ekonomi nya di hentam oleh yahudi dia di pandu allah utk menang.eropah dah jatuh, mesir dah gaduh, dia drp melayu Malaysia..tun mahadi r muhammad.tok wan det diam x kata apa sbb dia pun x pyh nak riyak , takbur,,semua tu semua keje iblis, waktu dia lawan yahudi, musuh dia termasuk rakan Negara jiran Malaysia dulu, dia tahu, termasuk siapa yg terdekat dgn nya, akhir nya allah bg taw dia, sbb tu allah x nak pm yg jadi tali barut yahudi n rg yg di upah n di beli yahudi utk nak hancurkan Malaysia macam raja mandaliar n si kitol yg menjahanamkan kerajaan Melaka dulu?

    BalasPadam
  33. Yang sokong ni pun patut patut la...tak payah lah nak lebih sangat. mana mungkin bebudak muda nak disamakan ilmunya dengan org macam che det. Macam langit dgn bumi.Org lama ni...pengalamannya banyak..ilmunya banyak dan yang paling penting pertimbangannya yang dibuat berdasarkan keikhlasannya yang dibuat degan berpijak dibumi nyata bukan di alam impian saja....

    BalasPadam
  34. Orang yang bercakap tentang islam adalah orang yang jahil tentang islam....jadi adakah kita patut diam...ilmu memang banyak tapi tentang duniawi...pengalaman memang banyak tapi....dalam permerintahan.....
    Ikhlas ke?.....
    Tengoklah nanti....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular