MANSUH SBPA.... BUKTI BN JAGA KAKITANGAN BAWAHAN?... HUHUHUHU

Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah dibatalkan berikutan kritikan yang ia hanya memberi kelebihan kepada pegawai atasan kerajaan sedangkan kakitangan bawahan menerima kenaikan yang rendah.


Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.

Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kenaikan untuk Kumpulan Pengurusan dan Professional, dari Gred 1 hingga 54 adalah terhad kepada 13 peratus sahaja.

Sebuah panel diwujudkan dan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (PSD) Tan Sri Ismail Adam dan diberi tempoh sehingga 16 April ini untuk membuat keputusan.
Keputusan untuk memansuhkan SBPA ini juga memberikan kesan terhadap peluang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk menjadi Ketua Setiausaha Negara.

Ulasan

Catatan Popular