LYNAS : DAP ENGGAN SERTAI PSC... PAS???

KUALA LUMPUR, 19 Mac — DAP tidak akan menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas kerana ia hanya “samaran yang pura-pura”, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dalam kenyataan hari ini.


Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan, menegaskan panel itu hanya wujud untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mengira soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.

“Datuk Seri Najib Razak telah mengesahkan bahawa PSC adalah satu samaran pura-pura oleh Barisan Nasional...dengan mengatakan bahawa PSC tidak akan menentukan nasib Lynas,” beliau berkata.

“Jika PSC tidak dapat menentukan nasib projek tersebut, maka ia adalah sesuatu yang hanya membuang masa untuk kita sertai kerana ia hanyalah sebagai fait accompli (yang telah ditentukan) untuk meluluskan sahaja loji bernilai RM700 juta itu.”

Ulasan

Catatan Popular