KU LI IKUT JEJAK KADIR KELUAR UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Mac: Tokoh veteran UMNO yang juga Mantan Menteri Penerangan Malaysia dan juga mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO hari ini. Beliau yang terkenal dengan pemakaian 'Bow Tie' juga merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. Di dalam era Pemuda UMNO, beliau merupakan penyokong kuat Dato' Harun Idris yang pernah dilanda krisis semasa UMNO di bawah kepimpinan Tun Hussein Onn.

“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.

“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat,” ujarnya.

Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu.

Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.

.... Baik Kuli tubuh parti baru Amanah....

Ulasan

Catatan Popular