1 Mac 2012

HIMPUNAN PANDANGAN BN, PR, PEGUAM, AGAMAWAN TENTANG HUDUD...
abu nu'man1 Mac 2012 4 Komentar

Kenyataan dan pandangan pimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, Agamawan, Peguam dan Orang Awam yang dilaporkan di akhbar arus perdana. Ringkasan yang dimuatkan dalam artikel ini akan dapat memperlihatkan komitmen dan tasawwur individu ataupun parti politik dalam berbicara mengenai undang-undang hudud di Malaysia.

(a) Kenyataan Ahli Politik Barisan Nasional

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak: Kerajaan tidak akan laksanakan hukum hudud. Elemen undang-undang Islam telah pun dilaksanakan di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin: Malaysia tidak bersedia untuk laksanakan hudud Presiden MCA, Dato Chua Soi Lek: MCA akan keluar BN jika UMNO laksanakan hudud.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Zahid Hamidi: Hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin: Gesa agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong: Mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan hudud sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang: Pemimpin PAS mempunyai “impian peribadi” untuk melaksana undang-undang tersebut. PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Adalah tidak wajar PAS memaksa pandangan mereka ke atas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

(b) Kenyataan Ahli Politik Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim: Hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud sewajarnya dihormati.

Pengerusi DAP, Karpal Singh: Tidak bersetuju dengan pendirian Dato’ Nik Abdul Aziz yang mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat: Tetap dengan pendirian untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan: Mempertahankan hak PAS untuk melaksanaundang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 serta Enakmen JenayahSyariah Terengganu 2003.

Pakatan Rakyat: Pakatan Rakyat menghormati inisiatif PAS untuk laksanakan Hudud.Untuk melaksanakannya, ia perlu capai kata sepakat dan seterusnya pinda perlembagaan.

(c) Kenyataan Agamawan

Presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing: Tiada bantahan untuk melaksanakan hudud selagi mana terpakai kepada Muslim sahaja.

Mantan Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria: Menyokong hasrat Pas mahu melaksanaka hukum hudud di Kelantan

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya: Melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.

(d) Kenyataan Peguam dan Orang Awam

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee: Hudud tidak boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan undang-undang sedia ada.

Mantan Presiden Majlis Peguam, Haji Sulaiman Abdullah: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia pada waktu ini berdasarkan kepada status Malaysia yang tidak berciri Islam sepenuhnya.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw: Menyeru kerajaan Kelantan untuk membuat referendum bagi meninjau kehendak rakyat terhadap undang-undang Hudud.

2.1 Analisis Ringkas Kenyataan dan Pandangan

Secara umumnya melalui pemerhatian dan pembacaan berdasarkan kepada kenyataan pelbagai di atas, kesimpulan yang boleh dirumuskan adalah seperti berikut:-

(i) Pimpinan Barisan Nasional konsisten menolak perlaksanaan hudud dalam kerangka undang-undang dan realiti masyarakat. Walaupun Khairy Jamaludin menyatakan npendirian untuk menggesa kerajaan meminda undang-undang untuk membolehkan perlaksaan hudud di Kelantan, ianya mungkin tidak boleh diambil kira untuk mewakilikerajaan Barisan Nasional atas dasar pandangan peribadi dan juga kedudukan beliau didalam kerajaan.

(ii) Pimpinan Pakatan Rakyat PKR dan PAS nampak seia sekata dalam isu ini denganmenghormati hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Hudud.

Namun begitu, DAP tetap konsisten dengan pendirian mereka menolak sebarang ideaperlaksanaan hudud termasuk penubuhan negara Islam. Dalam ketidaksefahaman danperbezaan ideologi ini, Pakatan Rakyat telah bersepakat untuk menghormati pendirianmasing-masing dan bersetuju untuk mendahulukan agenda yang disepakati.

(iii) Menarik untuk diperhatikan ialah tatkala ada juga pimpinan Islam yang mempersoalkan perlaksanaan hudud, pandangan Paderi Paul jelas memperlihatkanbahawa sekiranya ada kefahaman yang baik dalam memahami isu ini, perlaksanaanhudud bukanlah satu perkara yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan bukanIslam di Malaysia. Para Mufti pula amat konsisten dan sangat bertegas kepadakeperluan melaksanakan hudud di Malaysia keranya ianya merupakan tuntutan akidah.

(iv) Merujuk kepada pandangan peguam dalam isu ini, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa sebarang usaha ke arah perlaksanaan hudud di Malaysia mempunyai halangan dari segi ruang lingkup undang-undang. Isu halangan undang-undang ini perlu diberikan perhatian kerana sekiranya tiada pindaan dan perubahan pada beberapa undangundang sedia ada, hudud tidak akan dapat diimplementasikan di Malaysia.

(v) Pandangan dari Kelab Penyokong Pas, Hu Phang Chaw menunjukkan kematangan dari segi memahami realiti masyarakat di Malaysia. Idea yang menggesa referendum tinjauan kemahuan dan kehendak rakyat di Kelantan boleh dijadikan kayu ukur dan penentu kepada hasrat rakyat serta penerimaan masyarakat terhadap perlaksanaan hudud.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

4 ulasan:

  1. mohon nak copy n share boleh?? kalau xboleh tak apelah :)

    BalasPadam
  2. Tp pelik dh dekat 20tahun PAS perintah kelantan... HUDUD x dilaksanakan pn.... nape ek, kate nk tegakkan islam, kate nk bangunkan islam, ni idak pn... islam cume di Kelantan, luar kelantan hancur lebur islam rakyatnya...

    BalasPadam
  3. Tq to ABP ats keLOMBUAN mu...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.