DAH LA INCOME RM9 RIBU... SEWA RM450 PUN TAK BAYAR... HARAM CENDOL!!!

beribu makan duit free... kalah gaji lecturer KUIN..... sewa RM450 pun nak berkire...

Pengusaha kecewa, dakwaan Kuin kutip sewa tanah rizab kerajaan negeri


ALOR SETAR - Seorang pengusaha perkhidmatan parkir kenderaan di kawasan lapang di hadapan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Jalan Kampung Baru di sini, kecewa apabila kawasan itu dipagar oleh KUIN sejak Jumaat lepas.

Abu Seman Hassan, 61, mendakwa KUIN berbuat demikian selepas beliau menghentikan pembayaran sewa bulanan sebanyak RM450 kepada pengurusan kolej itu sejak setahun lepas.

"Saya berhenti membayar sewa selepas mengetahui tanah tersebut tanah rizab kerajaan negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abu Seman berkata beliau dan isteri telah mengusahakan perniagaan itu sejak 30 tahun lepas dan membayar sewa sebanyak RM600 kepada KUIN apabila kolej tersebut mengambil alih bangunan berhampiran sejak lima tahun lalu.

"Jumlah itu dikurangkan kepada RM450 sejak dua tahun lepas setelah saya merayu kepada KUIN kerana pendapatan yang semakin merosot. Namun apabila mengetahui tanah tersebut milik kerajaan negeri saya berhenti membayar," katanya.

Abu Seman berkata beliau juga telah memohon kepada Pejabat Tanah Kota Setar agar dibenarkan menjalankan perniagaan di atas kawasan lapang tersebut yang boleh memuatkan 50 kereta pada satu-satu masa.

Beliau juga mendakwa pihak pengurusan KUIN tidak pernah bertemu dengannya sebelum mengambil tindakan memagar kawasan terbabit.

"Tindakan KUIN menyekat kami daripada menjalankan perniagaan ini amat dikesali, apatah lagi ini sahaja sumber pendapatan saya untuk menanggung keluarga serta kos rawatan barah paru-paru yang saya hidapi sejak 10 tahun lepas," katanya.

Abu Seman berkata lazimnya beliau mampu memungut RM300 sehari. - BERNAMA

......... mangkuk tingkat.......

Ulasan

Catatan Popular