BN YAKIN RAMPAS NEGERI PR... KITA RAMPAS PUTRAJAYA...

Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau yakin BN akan merampas negeri-negeri di bawah pembangkang PRU ke-13 yang akan datang.
Dipetik Bernama Online, Najib telah berkata ia berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan yang semakin bertambah baik dan penerimaan dasar kerajaan ketika ini yang memberi tumpuan kepada usaha mentransformasikan negara.

Najib Pengerusi UMNO Selangor, telah menyuarakan keyakinan bahawa negeri Selangor akan kembali ke pangkuan BN, oleh kerana pembangkang telah gagal menunaikan banyak janji di negeri itu.

Tambah Najib, mengikut kehendak dan aspirasi rakyat hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membawa pembangunan dan pembaharuan dan beliau akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN.

Di hadapan lebih 20,000 orang yang telah menghadiri perhimpunan ‘Perdana Menteri Bersama Rakyat’ di SM Putra Perdana Puchong semalam, beliau berkata, “Asalkan BN menang, negara berjaya, rakyat Malaysia makmur dan negara maju jadi kenyataan, transformasi dapat dilaksanakan, baru dapat buat transformasi besar.”

Ulasan

Catatan Popular