3 BUKU INI DIHARAMKAN KDN
KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan perintah larangan terhadap tiga buah buku yang diterbitkan di Indonesia kerana memuatkan bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi amalan umat Islam di negara ini.
Buku yang diharamkan ialah “Pengantar Ilmu-ilmu Islam”, “Dialog Sunnah Syi’ah” dan “Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah”, dipetik Bernama Online.
Buku “Pengantar Ilmu-ilmu Islam” ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala “Dialog Sunnah Syi’ah” ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka dari Bandung.
“Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah” pula ditulis oleh Jalaluddin Rakhmat dan diterbitkan PT Remaja Rosdakarya, juga dari Bandung.
Perintah larangan ini adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menjadi satu kesalahan menurut subseksyen 2 Seksyen 8 akta berkenaan.

Ulasan
Catat Ulasan