ZAID DIGESA LEPASKAN JAWATAN..BUKAN BUBAR

Datuk Zaid Ibrahim digesa meletak jawatan dan berundur daripada mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) kerana disifatkan gagal menguruskan parti itu dengan baik.

Pengerusi Kita negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Zaid sepatutnya berundur daripada parti berkenaan dengan cara terhormat tanpa merosokkan imej parti yang baru berusia setahun itu.

Sambil menyifatkan Zaid sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengumumkan pembubaran Kita tanpa persetujuan semua pihak khususnya pemimpin peringkat negeri.

"Lebih baik beliau keluar dengan cara terhormat, keluar tanpa merosakkan parti ini yang sedang menuju kearah peperangan," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Turut menyokong gesaan agar Zaid meletak jawatan dan berundur daripada Kita ialah Pulau Pinang, Selangor dan Sabah.

Selain itu tegas Zamil, Kita tidak akan dibubarkan walaupun Zaid tidak lagi mengetuai parti itu.

"Kita akan teruskan parti ini, walaupun tak ada Datuk Zaid. Kami boleh uruskan parti ini sendiri.

"Parti politik seperti Kita ini bukan seperti syarikat guaman atau syarikat-syarikat lain yang boleh dibuka dan ditutup sewenang-wenangnya. Kita ada ahli yang ramai. Kenyataan Datuk Zaid seolah-olah menconteng arang ke muka kami pemimpin-pemimpin negeri," katanya.

Ulasan

Catatan Popular