TG PRESIDEN SAJA TEST MARKET JE TU... HUHUHUHUHU

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur kehendak PAS yang tidak membenarkan dirinya berundur, malah, Ahli Parlimen Marang itu juga dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka dalam masa terdekat.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau menjelaskan, berdasarkan mesyuarat Lajnah Politik PAS yang diadakan di Pejabat Agung parti Islam berkenaan di sini semalam, PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Hadi untuk berundur.


“PAS Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam pilihanraya ke-13 samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dan membuat keputusan bahawa beliau perlu bertanding di PRU13.


“Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut,” jelas Tuan Ibrahim dalam kenyataan tersebut.
Dengan pengumuman tersebut, Tuan Ibrahim melihat isu penarikan diri Hadi tidak berbangkit, kerana parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu masih memerlukan khidmat beliau bagi menghadapi PRU 13.

“PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

“Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun PAS masih memerlukan Presiden untuk terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden terus menerajui PR,” tambahnya.

... so pendokong & penyokong PAS...dah jangan cakap banyak... buat kerja masing-masing... jangan ber'cakap' je lebih...

Ulasan

Catatan Popular