21 Feb 2012

SABAH STAR BAKAL TAWAN KUBU BN
abu nu'man21 Feb 2012 0 Komentar

Dilihat akan menggamatkan suasana pilihan raya umum, rakyat Sabah bakal bangkit melalui penubuhan parti baru dinamakan “Sabah Star” selain disertai pembangkang untuk menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu sejak sekian lama.
Diketuai Datuk Jeffrey Kitingan, parti berusia sebulan ini atau Parti Reformasi Negeri (STAR) percaya ia akan menimbulkan sentimen yang boleh memecahkan rekod keputusan pilihan raya umum di Semenanjung Malaysia.
Pemimpin veteran berusia 65 tahun ini, yang mempunyai pengalaman menarik sepanjang kariernya dilihat tidak menyerlah dan keluar daripada sekurang-kurang enam parti politik, menegaskan pada kali ini beliau merasakan perubahan akan berlaku di Sabah.

“Kami (rakyat Sabah) telah menderita. Kita telah mencapai kemerdekaan tetapi kami tidak menikmati erti kemerdekaan. Malah kami kehilangan kemerdekaan dan (kami telah) menjadi koloni sekali lagi,” katanya.

Dr Jeffrey berkata Sabah Star mempunyai senarai calon yang bersedia untuk bertanding di 22 atau sekurang-kurangnya 30 kerusi negeri dari 60 kerusi.

Calon-calon itu, katanya terdiri daripada sekurang-kurangnya 80 hingga 90 peratus pendatang baru politik, kebanyakannya terdiri daripada guru dan profesional dengan sebilangan kecil merupakan ahli politik seperti dirinya.

“Guru merupakan penyokong terbesar kami dan orang muda akan masuk.

“Jadi saya fikir kesannya ada...ia sedang dibina dengan baik. Saya tidak lagi bersendirian dalam mempertahankan autonomi Sabah,” katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.